Ibu tunggal, duda antara 4 orang suruhan along didakwa lakukan khianat

Ibu tunggal, duda antara 4 orang suruhan along didakwa lakukan khianat

Ibu tunggal, duda antara 4 orang suruhan along didakwa lakukan khianat
Mohd Redzwan (dari kiri), Wee Chian dan Syed Najib bersama seorang tertuduh wanita didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas tuduhan melakukan khianat dengan menyimbah cat dan menampal notis ke atas empat rumah di Johor Bahru dan Kluang, bulan lalu. – NSTP/Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Ibu tunggal antara empat orang suruhan along yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan melakukan khianat dengan menyimbah cat dan menampal notis ke atas empat rumah di Johor Bahru dan Kluang, bulan lalu.

Nurul Farah Syafiqah Abd Aziz, 28, bersama Syed Najib Syed Mohamad, 33; Cheong Wee Chen, 35, dan Mohd Redzwan Mohd Hata, 30, menghadapi antara tiga hingga enam pertuduhan.

Syed Najib yang juga duda berhadapan enam pertuduhan, diikuti Mohd Redzwan (lima pertuduhan), Farah Syafiqah (empat pertuduhan), manakala Wee Chen (tiga pertuduhan).

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, mereka didakwa bersama-sama melakukan khianat dengan menyimbah cat merah ke rumah dua wanita, masing-masing berusia 28 dan 32 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di Taman Universiti di Skudai serta Taman Maju Jaya dan Taman Desa Jaya di Johor Bahru, antara jam 11.32 malam hingga 9 pagi, 1 hingga 9 April lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng


Bagi pertuduhan keempat, mereka didakwa melakukan perkara sama ke atas sebuah rumah di Jalan 9/10 Perjiranan Pasir Gudang, jam 3 pagi, 9 April.

Semua didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, mereka didakwa dengan khianat menyimbah cat merah serta menampal notis ke atas rumah dua wanita, masing-masing berusia 29 dan 44 tahun di Kluang.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Rumah Panjang di Sri Lalang dan Taman Kluang Barat, antara jam 4.30 pagi hingga 2.41 petang, 5 April lalu.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, kelima dan keenam, mereka didakwa mengikut 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal


Bagi pertuduhan keempat pula, didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Keempat-empat tertuduh yang dihadapkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Khalid Ab Karim, mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah membenarkan Syed Najib diikat jamin RM4,000, Mohd Redzwan (RM3,000), manakala Nur Farah dan Wee Chian, masing-masing RM2,000 sebelum menetapkan sebutan semula kes pada 29 Mei dan 5 Jun untuk fakta dan hukuman.

Ibu tunggal, duda antara 4 orang suruhan along didakwa lakukan khianat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker