‘Hubungan anak perempuan, isteri dingin, saya jadi referi’
‘Hubungan anak perempuan, isteri dingin, saya jadi referi’

KUALA LUMPUR – Pelakon Edika Yusof mengakui anak perempuannya memilih untuk tinggal bersamanya selepas isteri, Nor Hidayah Yusri berpindah ke kediaman lain sejak empat bulan lalu.
Kata Edika, 58, hubungan antara anak perempuan dengan isterinya tidak begitu rapat membuatkannya perlu bertindak sebagai orang tengah serta penasihat kedua-dua pihak.
“Anak perempuan dengan saya. Dia tidak mahu ikuti ibunya. Sebenarnya hubungan anak perempuan kami tidak berapa rapat dengan isteri.
“Sebagai ayah, saya adalah tempat untuk anak meluah perasaan dan mendapatkan nasihat jika timbul sebarang masalah antara mereka.
“Kedua-duanya juga sudah diberi nasihat agar berbaik tetapi masih tak jalan. Saya pun sudah tak tahu nak buat apa lagi,” katanya kepada Kosmo! Online.
Menurut Edika lagi, anak kandung dan anak tirinya juga hakikatnya tidak bersetuju dengan perceraian yang difailkan Nor Nor Hidayah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Namun pada masa sama, dia berharap semua pihak dapat berlaku adil dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus tidak menyulitkan keadaan.
“Anak perempuan dan anak tiri saya enggan penceraian ini berlaku, tapi apa pun saya berharap silaturrahim bersama ibunya tidak terputus,” ujarnya.
Pada masa sama, pelakon filem Maria Mariana itu meluahkan kekesalan apabila isterinya menyepikan diri selepas mengambil keputusan keluar dari rumah mereka.
“Sejak isteri saya buat keputusan tinggal berasingan, dia langsung tidak hubungi saya. Bukan saya tidak memujuk, tapi usaha saya tidak berhasil. Apa yang nak jadi, saya okey. Kita buat yang terbaik sahaja,” kongsinya.
Hari ini berlangsung sebutan kedua kes permohonan cerai yang difailkan Nor Hidayah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Februari lalu.
Mahkamah menetapkan 5 Mei depan sebagai tarikh untuk Edika lafazkan cerai berikutan isterinya dalam keadaan tidak suci hari ini. – KOSMO! ONLINE
‘Hubungan anak perempuan, isteri dingin, saya jadi referi’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.