Selangor perlu tampil profesional aksi terakhir

Selangor perlu tampil profesional aksi terakhir

Selangor perlu tampil profesional aksi terakhir
SELANGOR akan bertemu PDRM pada aksi terakhir esok. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi mahu anak buahnya tampil profesional apabila turun menentang PDRM FC dalam perlawanan terakhir Liga Super musim ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok.

Katanya, biarpun kedudukan selaku naib juara liga tidak tergugat, namun beliau mahu pemainnya meletakkan sikap profesional dengan tetap memburu tiga mata penuh sebagai hadiah terbaik kepada penyokong setia Merah Kuning.

“Ia kami sudah mengesahkan tempat di posisi kedua, tapi kita kena profesional.

“Kita kena profesional selaku pemain, jurulatih dan sebagai satu pasukan. Apa definisi profesional…setiap individu ada pandangan masing-masing.

“Tapi bagi saya, kita kena tunjukkan sikap profesional dengan beri prestasi semaksimum untuk pastikan penyokong gembira.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


“Kita juga perlu hargai setiap orang yang ada dalam pasukan ini termasuk untuk pengurusan kelab dan juga kepada wartawan. Jadi untuk itu, kita perlu berjuang 100 peratus,” kata jurulatih dari Jepun itu.

Selangor FC sudah mengesahkan kedudukan sebagai naib juara di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengesahkan status selaku juara buat kali ke-11 berturut-turut.

Mengulas mengenai aksi dengan PDRM FC itu, Kinoshi akui bukan mudah dan menuntut agar setiap pemain memberi fokus sepenuhnya serta mengekalkan gaya permainan pasukan.

“Disebabkan ini perlawanan terakhir liga, mereka juga mahukan kemenangan dan kita pun mahukan kemenangan, dan situasi ini normal.

“Jadi kita perlu beri tentangan secara serius dan fokus dengan gaya permainan pasukan. Ia aksi yang tidak mudah tapi ia satu perlawanan yang menarik,” katanya.

Selangor perlu tampil profesional aksi terakhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker