Kes culik remaja: 6 individu direman 14 hari bantu siasatan
Kes culik remaja: 6 individu direman 14 hari bantu siasatan
SEREMBAN: Enam individu membabitkan masing-masing tiga lelaki dan wanita tempatan, direman 14 hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes culik seorang remaja perempuan, di sini, 10 April lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata perintah reman terhadap semua individu berusia dalam lingkungan 20 hingga 31 tahun itu dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali, petang semalam.
“Kesemua individu berkenaan direman hingga 27 April ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Terdahulu, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, dilaporkan berkata seorang lelaki yang disyaki terbabit kes culik seorang remaja berusia 16 tahun, maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Bandar Bukit Tinggi, Klang, awal pagi semalam.
Fadil dipetik berkata, pihaknya telah mengesan lelaki warga tempatan berusia 21 tahun itu di Jalan Bayu Tinggi, Klang, sebelum suspek cuba melarikan diri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
Lelaki itu disyaki antara individu terbabit dalam kes penculikan remaja tempatan berkenaan dan meminta wang tebusan RM2 juta daripada keluarga mangsa pada 10 April lalu.
Fadil berkata, keluarga remaja itu membayar wang berjumlah RM280,000 serta barang kemas sebelum mangsa dilepaskan di Sendayan pada 11 April lalu.
Kes culik remaja: 6 individu direman 14 hari bantu siasatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.