Bintang utama Manchester United berdepan Asean All Star di Bukit Jalil

Bintang utama Manchester United berdepan Asean All Star di Bukit Jalil

TIKET perlawanan mula dijual pada 15 April ini.
Bintang utama Manchester United berdepan Asean All Star di Bukit Jalil

Kuala Lumpur: Selepas 16 tahun, Manchester United kini kembali ke Malaysia dengan meletakkan skuad utama sebagai taruhan bagi perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Asean All-Stars yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei depan.

Perlawanan istimewa ini bukan sekadar pertarungan bola sepak, sebaliknya ia simbol penyatuan penyokong setia dari seluruh Asia Tenggara.

Peminat dijangka hadir dari segenap negara serantau antaranya Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam sekali gus menjadikan acara ini sebagai satu lagi bukti Malaysia sebagai hab bola sepak utama di rantau ini.

Dianjurkan dengan kerjasama rakan serantau serta pihak berkuasa tempatan, acara ini dijangka memberikan impak positif kepada industri pelancongan dan hospitali negara.

Ia bakal memacu ekonomi tempatan serta pada masa sama mempamerkan kemampuan Kuala Lumpur menganjurkan acara antarabangsa bertaraf dunia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Jualan tiket kepada orang ramai akan dibuka pada jam 11 pagi, 15 April 2025, secara eksklusif di www.myticketempire.com.

Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal memandangkan permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara.

Ini adalah detik terbaik buat Malaysia, maka jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan kehebatan Manchester United secara langsung di Bukit Jalil.

Jadilah sebahagian daripada detik bersejarah ini dapatkan tiket anda dan ayuh ciptakan kenangan yang tidak akan dilupakan.

Bintang utama Manchester United berdepan Asean All Star di Bukit Jalil

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker