10 rumah rosak akibat ribut di Hulu Selangor

10 rumah rosak akibat ribut di Hulu Selangor

10 rumah rosak akibat ribut di Hulu Selangor
Pokok tumbang atas kediaman penduduk selepas ribut di Kampung Seberang, FELDA Gedangsa, Hulu Bernam, di sini semalam. – Foto NSTP/Ihsan APM HULU SELANGOR.

HULU SELANGOR: Sekurang-kurangnya 10 rumah rosak susulan kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda Kampung Seberang, FELDA Gedangsa, Hulu Bernam, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, bahagian belakang dua daripada kediaman terbabit dihempap pokok tumbang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Selangor, Leftanan (PA) Mohd Faizal Mohd Sharif berkata, sepasukan tiga anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian.

“Hasil pemantauan mendapati rumah yang terjejas mengalami kerosakan pada bumbung. Bagaimanapun, keadaan adalah baik dan terkawal.

10 rumah rosak akibat ribut di Hulu Selangor
Bumbung sebuah kediaman rosak akibat ribut di Kampung Seberang, FELDA Gedangsa, Hulu Bernam, semalam.- Foto NSTP/Ihsan APM HULU SELANGOR

“Kerja mengagihkan pokok tumbang kemudian dijalankan pasukan penyelamat bersama penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Faizal berkata, sebatang pokok berjaya dialihkan manakala sebatang lagi disambung hari ini susulan keadaan cuaca yang gelap dan berisiko.

10 rumah rosak akibat ribut di Hulu Selangor

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker