‘Kesian Dekat Anak Sebab Bapa Buang Sebelum Lahir Lagi’ – Fara Salleh

‘Kesian Dekat Anak Sebab Bapa Buang Sebelum Lahir Lagi’ – Fara Salleh

‘Kesian Dekat Anak Sebab Bapa Buang Sebelum Lahir Lagi’ – Fara Salleh

Fara Salleh meluahkan rasa syukur selepas pelawak Shuk Sahar didakwa melafazkan cerai talak satu menerusi panggilan telefon di pejabat agama Satun, Thailand.

‘Bapa buang dia sebelum lahir lagi’

‘Kesian Dekat Anak Sebab Bapa Buang Sebelum Lahir Lagi’ – Fara Salleh

Ketika dihubungi OhBulan!, Fara, 33, bagaimanapun sedih dengan nasib anaknya kerana dakwanya Shuk tidak pernah mengaku sebagai darah daging.

Kesian dekat anak lah sebab bapa buang dia sebelum lahir lagi.

Tapi alhamdulillah walaupun diuji kandungan saya sihat. Nanti bila dah besar dia akan faham yang bapa dia tak mengaku sebagai anak.

Meskipun lafaz cerai sudah dilakukan di Thailand, Fara tetap akan meneruskan urusan penceraian mengikut undang-undang Malaysia di Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor.

Fara nak tuntut nafkah anak

‘Kesian Dekat Anak Sebab Bapa Buang Sebelum Lahir Lagi’ – Fara Salleh

Kata Fara, dia akan menuntut nafkah anak mereka yang dijangka akan dilahirkan pada Julai depan.

Saya akan selesaikan pengesahan pendaftaran nikah kami 15 April ini.

Saya juga akan tetap menuntut nafkah untuk anak saya dari awal, tak ada yang kurang sikit pun.

Dalam pada itu, Fara turut mendakwa Shuk tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami sehinggakan dia terpaksa bekerja mencari duit sendiri demi kelansungan hidup.

Pakaian tidak dibelikan, skincare pun tak ada beli. Dia tak ada beri apa-apa pun, raya tak ada, barang anak langsung tidak dibelikan.

Kebanyakan saya pakai duit sendiri. Saya buat job review. Dia cuma tanggung makan dan minum sahaja. Kalau dia faham soal agama, dia tak akan buat macam ini.

Pada Isnin, Fara berkongsi rakaman video mendakwa dirinya yang diceraikan Shuk dengan talak satu menerusi panggilan telefon melalui aplikasi WhatsApp.

Shuk turut didakwa melakukan lafaz cerai itu bersama sebuah agensi perkahwinan di Thailand.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Fara dan Shuk bermula selepas wanita itu mendakwa menjadi mangsa penderaan mental suaminya dan dikatakan tidak menghiraukannya sepanjang berada di hospital.

Fara juga mendakwa Shuk sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan sering kali mengutamakan rakan-rakannya.

Sekadar info, Shuk Sahar mendirikan rumah tangga dengan Fara Salleh pada November 2023.

Untuk rekod, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.

 

‘Kesian Dekat Anak Sebab Bapa Buang Sebelum Lahir Lagi’ – Fara Salleh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker