Pesara rugi lebih RM700,000 jadi mangsa pelaburan tak wujud
Pesara rugi lebih RM700,000 jadi mangsa pelaburan tak wujud
KUALA TERENGGANU: Seorang pesara institut perguruan menanggung kerugian lebih RM700,000 selepas menjadi mangsa penipuan dalam talian yang menjanjikan khidmat pelaburan.
Kejadian bermula apabila lelaki berusia 69 tahun melihat iklan di ‘Google’ ditawarkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai ‘Stocks Qs Secure’ yang menawarkan pulangan berganda dengan kadar segera pada Disember tahun lalu.
Katanya, mangsa yang juga seorang kontraktor kemudian diminta membuat beberapa pindahan wang bagi memulakan pelaburan.
“Dalam tempoh bermula 5 Februari hingga 27 Mac lalu, mangsa membuat 22 transaksi pindahan wang termasuk satu draf bank ke 15 akaun bank syarikat tempatan yang berlainan dengan jumlah keseluruhan RM 703,296.25.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Mangsa mula menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan apabila pulangan pelaburan yang dijanjikan tidak diterima sebelum satu laporan polis dibuat pada Rabu lalu.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi di sini.
Mohd Sofian turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan tawaran pelaburan dalam talian yang mencurigakan.
Katanya, orang ramai diminta membuat semakan latar belakang syarikat pelaburan dengan pihak Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Pesara rugi lebih RM700,000 jadi mangsa pelaburan tak wujud
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.