Bella Astillah – Tahun Lepas Datang Dengan Kesedihan
Kali Ini Menangis Depan Kaabah Tapi Syukur Allah Beri Doa Waktu Terakhir Saya Datang’
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah pada bulan Ramadan.
‘Tahun lepas Bella datang dengan tangisan kesedihan’
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, terharu kerana dapat membawa adiknya, Didi Astillah bersama dalam ibadah kali ini.
Syukur Alhamdulillah selesai umrah. Bella dapat bawa adik Didia Astillah bersama Alhamdulillah.
Menurut Bella lagi, ibadah umrah kali ini membawa makna yang lebih mendalam buat dirinya kerana berbeza dengan tahun lalu.
Tahun lepas Bella datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya.
Dan kali ini juga menangis di depan Kaabah tapi kerana rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir saya datang. Alhamdulillah, betapa Allah Maha Baik kepada hamba-Nya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Dalam perkongsian tersebut, Bella mengucapkan terima kasih atas sokongan luar biasa yang diterima daripada orang ramai sejak kebelakangan ini.
Bella turut mendoakan semua yang mengenali Bella ataupun tidak.
Never did I think in a million years that I would receive such great amount of love and support, Alhamdulillah. Terima kasih semua.
Bekas isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz ini turut berkongsi nasihat kepada pengikut di media sosial agar sentiasa reda dengan ujian dan dugaan hidup.
Dan kepada yang sedang bersedih/down, mulai untuk belajar menerima apa jua keadaan dengan hati yang lapang. Kerana ini yang kita panggil berdamai dengan takdir.
Sama ada kita nak terima ataupun tolak, semuanya akan tetap berlaku tapi ia juga pasti berlalu. Ingat bahawa takdir tidak pernah bertanya tentang bagaimana penerimaan kita, perasaan kita, sama ada kita suka, tak suka atau bahagia.
Takdir juga tidak ambil tahu tentang proses ‘healing’ kita, tapi disitulah letaknya kekuatan. Ketika kita cuba jadi lebih kuat, lebih tenang dan lebih bersedia menghadapi apapun yang datang.
Perkongsian di Instagram
Sumber: Instagram Bella Astillah
View this post on Instagram
Bella Astillah – Tahun Lepas Datang Dengan Kesedihan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.