England benam Latvia, Tuchel kekal rekod sempurna

England benam Latvia, Tuchel kekal rekod sempurna

England benam Latvia, Tuchel kekal rekod sempurna
HARRY Kane meraikan kejayaan bersama penyokong selepas tamat perlawanan. FOTO AFP

London: England meneruskan permulaan sempurna Thomas Tuchel apabila gol antarabangsa pertama Reece James menyumbang kepada kemenangan 3-0 ke atas Latvia dalam aksi kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Tuchel sekali lagi bergelut untuk memecahkan benteng pertahanan lawan dalam tempoh yang lama di Wembley.

Namun, tiga hari selepas berhempas pulas menewaskan Albania 2-0 dalam perlawanan pertama di bawah kendalian Tuchel, England akhirnya berjaya menampilkan ketenangan dan kualiti yang cukup untuk menundukkan Latvia yang berada di ranking ke-140 dunia.

James memecah kebuntuan menerusi sepakan percuma cantik lewat babak pertama, ketika bek kanan Chelsea itu membuat penampilan pertama bersama England sejak September 2022.

Kecederaan hamstring menjejaskan James hampir keseluruhan musim lalu serta beberapa bulan pada musim ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Namun, James adalah pemain penting ketika Chelsea kendalian Tuchel memenangi Liga Juara-Juara 2021, dan pemain berusia 25 tahun itu boleh menjadi senjata utama England jika dia kekal cergas.

Kapten England, Harry Kane, memastikan kemenangan dengan jaringan ke-71 dalam karier antarabangsanya pada separuh masa kedua, sebelum Eberechi Eze masuk sebagai pemain gantian untuk mencetak gol pertamanya bersama skuad Three Lions.

Meskipun permulaan era Tuchel masih tidak konsisten, kelemahan pasukan lain dalam Kumpulan K memberikan kelebihan kepada England, yang kini berada di landasan tepat untuk layak ke Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada.

Tuchel menjadi pengurus England pertama yang memenangi dua perlawanan kompetitif pertama sejak Fabio Capello.

Jurulatih dari Jerman itu kini mempunyai 75 hari untuk membuat persiapan bagi perlawanan kelayakan seterusnya menentang Andorra pada 7 Jun depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP


Tuchel masih belum berjaya merealisasikan impiannya untuk membentuk pasukan yang bermain dengan lebih berani berbanding skuad yang ‘takut’ ketika mara ke final Euro 2024 di bawah kendalian Gareth Southgate.

Namun, Tuchel menunjukkan bahawa dia tidak gentar membuat keputusan berani, termasuk menggugurkan barisan pemain bintang.

Dia hanya mengumumkan kesebelasan utama beberapa jam sebelum sepak mula, dengan England buat pertama kali sejak 1992 menurunkan skuad tanpa seorang pun pemain dari Manchester United, Manchester City atau Liverpool.

England benam Latvia, Tuchel kekal rekod sempurna

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker