Lagi nahas kereta langgar isyarat lampu merah, rempuh dua motosikal

Lagi nahas kereta langgar isyarat lampu merah, rempuh dua motosikal

Lagi nahas kereta langgar isyarat lampu merah, rempuh dua motosikal
Tangkap layar video memaparkan kesan kemalangan selepas sebuah kereta Perodua Myvi kuning merempuh dua motosikal selepas melanggar isyarat lampu merah di Jalan Felda Sendayan petang semalam.

SEREMBAN: Belum lagi reda nahas motosikal dirempuh kereta yang melanggar lampu isyarat merah di daerah ini, satu lagi kejadian hampir sama berlaku di Jalan Felda Sendayan di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam itu turut dirakam kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta dan tular di media sosial memaparkan sebuah kereta berwarna kuning merempuh dua penunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, berkata video tular berdurasi 45 saat di akaun Facebook Fazhatul Ain sejak semalam menunjukkan rakaman kejadian kemalangan.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berumur 38 tahun, motosikal jenis Honda Dash yang ditunggang seorang wanita umur 21 tahun dan motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang seorang lelaki berumur 52 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati, ketika kejadian pemandu kereta dalam perjalanan dari arah Bandar Sri Sendayan, menghala ke Nilai manakala kedua-dua penunggang motosikal dari arah Gadong ke Sendayan,” katanya, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?


Abdul Malik berkata, apabila tiba di lokasi kemalangan, kereta dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat berwarna merah, manakala lampu isyarat di bahagian penunggang motosikal bewarna hijau.

“Akibat kemalangan itu, penunggang Honda Dash mengalami kecederaan parah manakala penunggang Yamaha LC mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan.

“Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Farid Danial Azli di talian 012-9122198.

 

Lagi nahas kereta langgar isyarat lampu merah, rempuh dua motosikal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker