Syed Saddiq Belikan Jam Tangan Buat Bella Astillah [VIDEO]
Syed Saddiq Belikan Jam Tangan Buat Bella Astillah [VIDEO]
Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.
Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi semasa masih kecil bersama-sama adiknya Didi Astillah yang dikenali sebagai Anak-anak mutiara. Mereka berdua kini meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan.
Penyanyi kelahiran Sandakan Sabah ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dengan perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya iaitu Aliff Aziz. Kini dikatakan bahawa Bella Astillah sedang hangat bercinta dengan pempengaruh dan ahli politik iaitu Syed Saddiq.
“Patutlah Bella Asyik Pakai Jam Tu Je, Rupanya Ada Tukang Memerhati Sama Ada Tidur & Makan Mencukupi Atau Tidak”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @stylefashionpv yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.8 juta, tanda suka sebanyak 124 ribu dan sebanyak 2,193 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syed Saddiq yang menyambungkan data jam tangan milik Bella Astillah kedalam telefon bimbit milik Syed Saddiq. Beliau berbuat sedemikian kerana ingin menjejaki adakah Bella Astillah mendapat tidur yang mencukupi serta makan yang berkhasiat.
@stylefashionpv Enable NOW part paling penting 😂 rasa macam semue kena pakai smart watch dah lepas nie 😂 . Vitamin panas panas untuk korang semua 🫢
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Syed Saddiq amat mengambil berat mengenai kesihatan Bella Astillah.
Syed Saddiq Belikan Jam Tangan Buat Bella Astillah [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET