Blue Ghost, binaan firma angkasa lepas AS mendarat di bulan

Blue Ghost, binaan firma angkasa lepas AS mendarat di bulan

Blue Ghost, binaan firma angkasa lepas AS mendarat di bulan
Bulan melewati kapal angkasa Blue Ghost Firefly Aerospace menjelang pendaratannya. – Foto REUTERS

WASHINGTON: Sebuah syarikat angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) telah berjaya mendaratkan kenderaan qamari di Bulan, menjadikannya organisasi swasta kedua yang mencapai kejayaan itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Siaran langsung menunjukkan pendaratan Blue Ghost, yang dibina oleh Firefly Aerospace, di Bulan pada Ahad.

Kenderaan itu dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida, pada Januari menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX, syarikat yang diasaskan oleh jutawan teknologi Elon Musk.

Blue Ghost mendarat di Mare Crisium, sebuah dataran rendah berdiameter kira-kira 500 kilometer.

Berketinggian sekitar dua meter dan lebar tiga meter, Blue Ghost akan menjalankan eksperimen selama dua minggu menggunakan beberapa instrumen saintifik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Kenderaan itu dijadualkan menggerudi permukaan Bulan untuk mengambil sampel serta merakam gambar matahari terbenam di lokasi pendaratannya.

Misi ini bertujuan mengumpul data mengenai bagaimana batuan longgar di Bulan bertindak balas terhadap pengaruh matahari ketika senja.

Pendaratan komersial pertama di Bulan dicapai pada Februari 2024 menerusi kenderaan Nova-C milik syarikat AS, Intuitive Machines.

Nova-C dan Blue Ghost adalah sebahagian daripada program “Commercial Lunar Payload Services” (CLPS) anjuran Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

NASA berusaha mendapatkan maklumat sebagai persediaan untuk misi kembali ke Bulan, lebih 50 tahun selepas pendaratan terakhir angkasawan dalam misi Apollo 17 pada Disember 1972.

AS kekal sebagai satu-satunya negara yang pernah menghantar angkasawan ke Bulan, dengan 12 lelaki mendarat antara 1969 dan 1972 menerusi program Apollo.

Blue Ghost, binaan firma angkasa lepas AS mendarat di bulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker