Perjalanan Megan Rice mengenali Islam mengharukan netizen

Perjalanan Megan Rice mengenali Islam mengharukan netizen

Pempengaruh TikTok, Megan Rice yang memulakan gerakan ‘non muslim reading Quran’ menerusi siaran langsung di TikTok menyatakan syahadah di hadapan lebih 13,000 pengikut yang menonton. Megan yang dipimpin bacaan syahadah dan kesaksian kepada Allah yang satu oleh pendakwah terkenal, Abostani nyata cukup teruja dan sebak usai membaca kalimah syahadah.

Megan turut dilihat mengenakan hijab buat pertama kali di laman sosial miliknya. Wanita ini turut diberikan penerangan bagaimana keadaan saudara baru selepas memeluk Islam.



Malah Abostani juga cukup yakin akan kefahaman wanita itu akan Islam dan Allah Yang Satu selepas dia mengkaji sendiri kandungan Al-Quran dan berkongsi kehebatannya dan penerangan setiap surah di laman TikTok miliknya.

Megan turut memuat naik sebuah posting di laman TikToknya menyatakan penampilan terbarunya mengenakan hijab cukup selesa. Malah dia merasa selamat dan menakjubkan dengan hijab.

Turut meraikan keputusan Megan memeluk Islam, netizen menitipkan kata-kata syukur di ruangan komen, malah ada yang menitiskan air mata kerana bangga dapat melihat sendiri perjalanan dan perkembangan wanita itu mengenali Islam selepas kekejaman rejim Zionis di Gaza.

Kredit : Megan RIce & Abostani TikTok



Perjalanan Megan Rice mengenali Islam mengharukan netizen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir



Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney



Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker