Bekas CEO syarikat pengendali air didakwa tipu RM3.38 juta
Bekas CEO syarikat pengendali air didakwa tipu RM3.38 juta
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pengendali air di Johor didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas dua pertuduhan menipu syarikat berkaitan penganjuran program kebajikan berjumlah RM3.38 juta pada April 2023.
Bagaimanapun, tertuduh, Muhamad Faizal Aliar, 39, yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Mengikut pertuduhan, Muhamad Faizal didakwa menipu Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd dengan memperdaya syarikat itu untuk mempercayai ‘Program Imarah Ramadan 2023’ akan dilaksanakan seperti mana dinyatakan dalam surat permohonan sumbangan bertarikh 1 April 2023, sekali gus mendorong pembayaran RM82,500 dibuat sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan.
Bagi satu lagi pertuduhan, beliau didakwa menipu syarikat sama dengan memperdaya syarikat itu untuk mempercayai ‘Program Prihatin Komuniti Madani 2023’ akan dilaksanakan seperti mana dinyatakan dalam surat permohonan sumbangan bertarikh 4 April 2023, sekali gus mendorong pembayaran RM3.3 juta dibuat sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan.
Kesalahan didakwa dilakukan di Menara FELDA Platinum Park, di sini, pada 13 dan 14 April 2023.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat, selain boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir, manakala tertuduh diwakili peguam, S Preakas.
Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM200,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan tanpa mengemukakan sebarang syarat tambahan.
Bagaimanapun, Preakas memohon mengurangkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi kedua-dua pertuduhan memandangkan anak guamnya tidak lagi bekerja mempunyai empat anak berusia tujuh hingga 12 tahun dengan dua daripada mereka adalah ‘anak istimewa’.
Preakas turut memaklumkan Muhammad Faizal mengalami komplikasi tulang belakang yang memerlukan beliau mendapatkan rawatan di hospital.
Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan dan 3 Mac ini sebagai tarikh sebutan kes.
Bekas CEO syarikat pengendali air didakwa tipu RM3.38 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.