Op Ragada: Bekas datuk bandar antara 4 lagi ditahan

Op Ragada: Bekas datuk bandar antara 4 lagi ditahan

Op Ragada: Bekas datuk bandar antara 4 lagi ditahan

KUALA LUMPUR: Bekas datuk bandar antara empat individu terbaharu ditahan susulan Op Ragada yang membabitkan kes pengubahan wang haram membabitkan sebuah syarikat penyiaran di Sarawak, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, empat tangkapan terkini itu susulan kepada penahanan lima individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat penyiaran di Sarawak, pada Jumaat lalu.

Menurut beliau, empat individu berusia antara 53 hingga 71 tahun itu termasuk dua wanita ditahan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman di Kuching, Sarawak.

‘Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 53 tahun dan dan seorang wanita yang juga seorang pengarah sebuah syarikat berusia 62 tahun pada jam 7 malam, semalam

“Kedua-dua mereka kini direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?


“Kita turut merampas kira-kira 32 dokumen di sebuah syarikat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tangkapan terbaharu hari ini membabitkan dua individu iaitu seorang bekas datuk bandar di Sarawak berusia 67 tahun dan seorang wanita berusia 71 tahun yang juga bekas pengurus besar sebuah syarikat kumpulan media.

“Kedua-dua individu terbabit ditahan hari ini dan kita akan memohon reman terhadap mereka.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan semua suspek dengan kes ini,” katanya.

Jumaat lalu, media melaporkan lima individu berusia 26 hingga 62 tahun ditahan dalam Op Ragada di Sarawak dan Pulau Pinang, susulan maklumat risikan mendapati terdapat pengaliran wang mencurigakan membabitkan beberapa akaun bank sejak 2017 hingga September, tahun lalu.

Suspek disyaki turut menipu tender selain menganugerahkan tender kepada diri sendiri dan ahli keluarga.

Hasil serbuan dijalankan, pasukan AMLA Bukit Aman turut menyita serta membekukan pelbagai aset membabitkan kenderaan, akaun bank dan dokumen dianggarkan bernilai RM17.4 juta.

Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 409, Seksyen 420 dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Op Ragada: Bekas datuk bandar antara 4 lagi ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker