Dua beradik yatim piatu mangsa nahas lima kenderaan terima sumbangan YaPEIM
Dua beradik yatim piatu mangsa nahas lima kenderaan terima sumbangan YaPEIM
BANGI: Dua beradik yatim piatu selepas ibu bapa mereka terkorban nahas jalan raya di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Melaka pada 23 Disember lalu , menerima sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), hari ini.
Sumbangan berjumlah RM6,900 itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, yang menziarahi Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira, 4, yang kini berada dalam jagaan datuk mereka.
“Sumbangan yang merangkumi bantuan Sinar Kasih sebanyak RM4,800 iaitu RM200 setiap bulan selama setahun untuk setiap seorang, sumbangan bencana RM2,000 dan set Foodbank YaPEIM bernilai RM100 disampaikan kepada datuk mereka.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban khususnya kepada datuk mereka yang mengambil tanggungjawab penuh menjaga dua beradik itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tunai dan Sumbangan Sinar Kasih kepada dua beradik itu di kediaman datuk mereka di sini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarah YaPEIM, Ameer Ali Vali Mohamed.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Mohd Na’im turut mendoakan Datuk Mazupi Abdul Rahman, 64, yang juga n bekas pegawai kanan polis dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menjaga dua cucunya.
Sementara itu, Mazupi berkata keluarganya bersyukur dan berterima kasih dengan keprihatinan pelbagai pihak yang tampil membantu dua beradik itu, selain menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan di Hospital Melaka yang merawat mereka sebelum ini.
Beliau berkata, dua beradik itu begitu sedih sehingga perlu ditenangkan ahli keluarga, selepas dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan Fadzlenna Ramli, 32, serta adik bongsu mereka Muhammad Umar, dua tahun, dalam kemalangan yang membabitkan lima kenderaan itu.
“Mereka ada mengajak saya untuk menziarahi kubur, tetapi saya beritahu tidak boleh lagi kerana perlu tunggu (mereka) sihat. Insya-Allah saya akan bawa nanti,” katanya.
Kemalangan pada 8.40 malam 23 Disember lalu berpunca daripada tayar sebuah lori tercabut turut mengorbankan datuk dan nenek sebelah ibu kanak-kanak itu, iaitu Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69, selain pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56, serta penumpang warga Singapura, Lamrah Asid Ali, 66 tahun.
Kemalangan juga menyebabkan dua beradik itu cedera dan dirawat di Hospital Melaka, sebelum dibenarkan keluar pada 28 Disember lalu.
Dua beradik yatim piatu mangsa nahas lima kenderaan terima sumbangan YaPEIM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.