Mahkamah Tinggi perintah KDN pulangkan 172 jam Swatch ‘Pride Collection’

Mahkamah Tinggi perintah KDN pulangkan 172 jam Swatch ‘Pride Collection’

Mahkamah Tinggi perintah KDN pulangkan 172 jam Swatch 'Pride Collection'
– Foto hiasan mahkamah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memerintahkan kerajaan memulangkan 172 jam tangan Swatch dari siri Pride Collection, yang dirampas pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun lalu kepada syarikat The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd (Swatch Malaysia).

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Amarjeet Singh berkata KDN melanggar undang-undang ketika melakukan rampasan dan mengarahkan kerajaan memulangkan jam tangan itu dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Beliau turut membatalkan notis penyitaan terhadap Swatch Malaysia selepas membenarkan perintah certiorari yang dipohon oleh syarikat berkenaan.

Amarjeet berkata demikian selepas membenarkan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh syarikat pengimport dan penjual jam tangan itu pada Ogos tahun lepas.

 

Mahkamah bagaimanapun tidak membuat sebarang perintah mengenai kos yang dituntut Swatch Malaysia selaku pemohon.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna


Ketika prosiding hari ini, peguam Nizam Bashir mewakili syarikat berkenaan, manakala pihak kerajaan diwakili Peguam Persekutuan, Mohammad Sallehuddin Md Ali.

Swatch Malaysia menegaskan sebelum serbuan, jam tangan itu dijual secara terbuka di Malaysia tanpa sebarang kejadian.

Menerusi cabaran yang difailkan tahun lalu, Swatch menuntut beberapa relief, antaranya perintah certiorari untuk membatalkan notis rampasan untuk serbuan, perintah mandamus untuk memaksa kementerian memulangkan 172 jam tangan dalam tempoh lima hari dari tarikh arahan dan ganti rugi kerosakan yang termasuk yang bersifat teladan dan teruk.

Sebelum ini, pegawai penguat kuasa KDN merampas jam tangan terbabit, termasuk daripada ‘Pride Collection’ yang menampilkan jam tangan warna pelangi, antara 13 dan 15 Mei tahun lalu.

Rampasan terhadap jam tangan koleksi Pride itu dibuat selepas barangan itu dikaitkan dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Rampasan dibuat dalam serbuan di 11 kedai Swatch di Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah.

Serbuan itu dilaporkan berlaku selepas warganet mengaitkan koleksi itu dengan sokongan kumpulan rock British, Coldplay terhadap LGBT.

Swatch Malaysia kemudian memfailkan semakan kehakiman pada Ogos 2023 untuk mencabar tindakan kerajaan.

Pembuat jam tangan Switzerland itu mendakwa rampasan terbabit menyalahi undang-undang kerana jam tangan berkenaan tidak ditakrifkan sebagai satu bentuk ‘penerbitan’ di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Bagaimanapun, pada 10 Ogos tahun lalu, kerajaan mewartakan pengharaman mana-mana jam tangan Swatch atau bahan berkaitan termasuk kotak yang mengandungi pengaruh LGBT, di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Dalam satu kenyataan akhbar tahun lalu, KDN menyatakan Seksyen 8(2) PPPA membawa hukuman kerana menjual, mengedar, atau memiliki jam tangan yang diharamkan itu, termasuk penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga RM20,000, atau kedua-duanya.

 

Mahkamah Tinggi perintah KDN pulangkan 172 jam Swatch ‘Pride Collection’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker