Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN

 

Ibarat lebih sudu dari kuah, isu calon perdana menteri dari Perikatan Nasional kembali menjadi tegang di kalangan pemimpin Perikatan Nasional.

Ia kembali menjadi hangat bila Naib Presiden PPBM, Faizal Azumu (Peja) mengeluarkan kenyataan, Perikatan Nasional kekal mengesyorkan presiden PPBM, Muhyiddin Yasin kekal sebagai calon perdana menteri.

Senada dengan Peja, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Saifuddin Abdullah berkata tiada isu berbangkit mengenai perkara itu.

Namun kenyataan Peja dan Saifuddin disanggah oleh Murshidul Am Pas, Hashim Jasin, yang mengatakan PAS lebih layak memimpin sekiranya Perikatan Nasional menang dalam PRU 16.

Alasan Hashim jasin adalah kerana PAS mempunyai wakil rakyat paling ramai di Dewan Rakyat.

Di samping itu, PAS juga mempunyai jentera akar umbi yang kuat di seluruh negara.

“Meskipun PAS hanya timbalan di dalam PN namun rekod kita di dalam Parlimen lebih ke depan.”

“Selain kerja-kerja masyarakat dan dalam apa-apa jua berlaku.”

“PAS juga tiada rekod atau masalah lompat parti berbanding PPBM yang sekarang terbukti banyak kepincangan.”

“Selain itu, PAS juga memerintah Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan.”

“PPBM tidak boleh membelakangi PAS dalam menentukan jawatan penting itu melainkan ia keputusan yang dipersetujui secara bersama,” jelas Hashim Jasin.

Manakala ibarat menyimbah minyak ke dalam api, parti Gerakan pula berkata isu tersebut akan di bawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional.

“Ini termasuk kenyataan PAS bahawa tidak perlu mengeluarkan deklarasi mengenai hak orang bukan Melayu.”

“Ini adalah perbezaan pendapat yang perlu diselesaikan.”

“Tidak pasti sama ada pandangan Hashim adalah pendapat peribadi atau mewakili PAS.”

“Tetapi memandangkan beliau sudah melakukannya, Gerakan juga menjelaskan pandangan kami.”

“Dinamik politik negara tidak lagi berdasarkan penguasaan satu parti.”

“Pemilihan calon perdana menteri tidak seharusnya berdasarkan kerusi Parlimen parti.”

“Tetapi keupayaan pemimpin untuk menguasai majoriti di Parlimen,” jelas beliau.

Cuma satu soalan kepada pemimpin Perikatan Nasional, mampukah memenangi PRU 16 nanti?

 

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker