Alcaraz tenang singkir Cilic
Alcaraz tenang singkir Cilic

Doha: Carlos Alcaraz bukan saja mencuri tumpuan dengan kemenangan straight set ke atas Marin Cilic di pusingan pertama Terbuka Qatar, malah turut menghiburkan peminat dengan ‘pertunjukan khas’ bersama bintang NBA, Jimmy Butler.
Alcaraz mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan rentaknya dalam keadaan berangin sebelum akhirnya menundukkan pemain veteran Croatia itu 6-4, 6-4 dalam tempoh satu jam 38 minit.
Namun, aksi tidak berakhir di situ apabila Butler, yang baru sahaja berpindah ke Golden State Warriors, masuk ke gelanggang untuk bermain beberapa pukulan dengan bintang tenis Sepanyol itu.
Butler, yang memilih terbang ke Qatar berbanding kekal di Bay Area ketika All Star NBA berlangsung, mencuba aksi trick shot di celah kaki tetapi gagal.
Dalam perlawanan sebenar, Alcaraz membuktikan ketenangannya dalam detik penting, terutama di set pertama apabila memenangi permainan ketujuh yang berlangsung selama 18 minit untuk mendapatkan break yang diperlukan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Di set kedua, pemain ranking kedua dunia itu hampir terperangkap apabila ketinggalan 0-40 dalam permainan kelapan.
Namun, Alcaraz bangkit dengan mengambil 15 daripada 19 mata terakhir untuk memastikan kemenangan straight set.
“Saya gembira dapat selamatkan permainan itu,” kata Alcaraz.
“Marin sentiasa beri tekanan ketika servis. Dia seorang pemain yang berjaya membalas pukulan dengan hebat. Saya lega dapat kekal tenang dan ikut rutin saya.”
Alcaraz akan berdepan pemenang antara Zhang Zhizhen atau Luca Nardi di pusingan kedua.
Sementara itu, Cilic beraksi dalam kejohanan pertamanya sejak menjalani pembedahan lutut pada November lalu.
Dalam aksi lain, Jiri Lehecka mengejutkan pilihan ketujuh, Grigor Dimitrov, 6-4, 6-4, mencatatkan kemenangan ke-11 musim ini, menyamai rekod Alex de Minaur dan Miomir Kecmanovic selaku pemain paling banyak menang di Jelajah ATP 2025.
Alcaraz tenang singkir Cilic
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
You must be logged in to post a comment.