Wanita diperdaya lebih RM200,000, konon terbabit pengubahan wang haram

Wanita diperdaya lebih RM200,000, konon terbabit pengubahan wang haram

Wanita diperdaya lebih RM200,000, konon terbabit pengubahan wang haram

KOTA TINGGI: Seorang wanita kerugian lebih RM200,000 selepas menerima panggilan telefon kononnya dari sebuah syarikat penghantaran barang, Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata wanita berusia 48 tahun itu membuat laporan polis kelmarin.

Katanya, suspek memaklumkan terdapat bungkusan dihantar mangsa dan mangsa menafikannya sebelum panggilan disambungkan kepada seorang lagi suspek mendakwa pegawai polis dan memaklumkan mangsa terbabit aktiviti pengubahan wang haram.

“Mangsa dikehendaki membantu siasatan dan diminta membuat pinjaman peribadi hampir RM250,000.

Yusof berkata mangsa menyedari dirinya ditipu apabila suspek tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung penyelesaian tuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan ke atasnya walaupun telah membuat pembayaran.

Wanita diperdaya lebih RM200,000, konon terbabit pengubahan wang haram

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker