Mayat Shaarani ditemui bersama bungkusan berisi siput

Mayat Shaarani ditemui bersama bungkusan berisi siput

Mayat Shaarani ditemui bersama bungkusan berisi siput
Polis membawa mayat Shaarani Ghazali untuk dihantar ke Hospital Sultanah Maliha bagi proses bedah siasat. – Foto POLIS

LANGKAWI: Seorang lelaki yang keluar mencari siput berhampiran Titi Nelayan di Kampung Bukit Malut, di sini, awal malam tadi, ditemui lemas pagi ini.

Mayat Shaarani Ghazali, 32, ditemui orang awam dalam keadaan terapung dan berseluar hitam bersama sebungkus plastik berisi siput, jam 10.45 pagi tadi, kira-kira 10 meter dari tempat dia dipercayai turun ke laut.

Mayat Shaarani ditemui bersama bungkusan berisi siput
Bungkusan plastik berisi siput yang ditemui bersama mayat Shaarani Ghazali. – Foto POLIS

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata mangsa dikatakan keluar rumah jam 7 malam tadi dipercayai untuk mencari siput yang menjadi rutinnya.



“Mangsa turut memiliki rekod menghidap penyakit sawan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Shariman berkata, pemeriksaan ke atas mayat tidak menemui sebarang unsur jenayah sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker