Banjir di Sepanyol: 93 mangsa masih belum ditemukan
Banjir di Sepanyol: 93 mangsa masih belum ditemukan
Madrid: Kira-kira 93 individu dilaporkan hilang, seminggu selepas banjir besar melanda tenggara Sepanyol.
Menurut pihak berkuasa kehakiman wilayah di Valencia pada Rabu, bencana itu dilaporkan mengorbankan lebih 200 individu.
Mahkamah di Valencia pada Selasa menyenaraikan 89 orang hilang. Bagaimanapun, empat lagi individu yang hilang dilaporkan kepada pegawai penguat kuasa undang-undang pada Rabu.
Banjir terburuk melanda Sepanyol dalam satu generasi itu mengorbankan sekurang-kurangnya 219 orang, kebanyakannya di wilayah Valencia.
Angka itu dijangka meningkat dengan ramai orang hilang dianggap sudah meninggal dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
Meskipun begitu, mahkamah mengatakan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan menemukan mangsa masih hidup.
Operasi mencari dan menyelamat pada Rabu menyasarkan garaj bawah tanah dan laluan air di wilayah Valencia.
Seramai 15,000 polis dan tentera yang dikerahkan ke wilayah itu bagi membantu membersihkan kemusnahan dan membaiki jalan serta infrastruktur.
Kerajaan Sepanyol pada Selasa lalu mengumumkan pakej bantuan bernilai 10.6 bilion euro (kira-kira RM50.2 bilion) untuk membina semula wilayah yang musnah itu.
Pada Rabu, Bank Pelaburan Eropah juga menjanjikan 900 juta euro (kira-kira RM4.3 bilion) untuk membiayai pembinaan semula di kawasan terjejas.
Banjir di Sepanyol: 93 mangsa masih belum ditemukan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
You must be logged in to post a comment.