Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?

Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama

Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?

 

Pemilihan parti PPBM (BERSATU) telah menelanjangkan wajah sebenar kepimpinan PPBM di setiap peringkat.

Bermula dari penggantungan PPBM Bahagian Jasin kerana didakwa memberikan lapuran palsu kepada PPBM pusat.

Ahli akar umbi PPBM Jasin membuat aduan kepada pusat, ada antara cawangan PPBM bahagian Jasin tidak membuat mesyuarat.

Sedangkan lapuran PPBM Bahagian Jasin membuat lapuran kesemua cawangan di bawah PPBM Jasin sudah selesai melakukan mesyuarat.

Ini membuatkan mesyuarat PPBM Bahagian Jasin tidak sah dan pusat mengambil keputusan untuk menggantung bahagian tersebut.

Tidak hanya berakhir di situ, terdedah pula 9 bahagian PPBM di seluruh negara juga didapati melakukan perkara yang sama.

Akibatnya, 10 bahagian PPBM di seluruh negara termasuk Jasin juga telah digantung.

PPBM Bahagian yang terlibat adalah Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong, Cameron Highlands, Hulu Langat dan Kota Melaka.

Itu pencabulan perlembagaan sendiri di peringkat akar umbi.

Manakala di peringkat pusat pula, percaturannya lain.

Dalam pemilihan sayap PPBM, 2 calon bertanding untuk jawatan Ketua ARMADA PPBM, Akmal Zahin Zainal Zahir dan Hilman.

Sebaik sahaja proses pengiraan undi selesai, keputusan tidak rasmi menunjukkan Akmal Zahin mengatasi Hilman.

Tetapi selepas keputusan ditangguhkan, Hilman pula yang diisytiharkan sebagai pemenang.

 

Apabila protes dibuat oleh kem Akmal Zahin atas keputusan tersebut, presiden PPBM, Muhyiddin segera menghalangnya.

Umum mengetahui, PPBM kini sudah terbahagi kepada 2 kem.

Satu kem yang pro kepada Muhyiddin dan satu lagi kem yang pro kepada Hamzah Zainuddin.

Persaingan antara Muhyiddin dan Hamzah sudah tidak boleh dianggap sebagai masalah dalaman parti.

Untuk menjamin pengaruh di akar umbi, adalah sangat penting untuk menguasai sayap parti dan ketua bahagian.

Hilman dikenali sebagai sekutu rapat Azmin dan Azmin dikenali sebagai sekutu rapat Muhyiddin.

Apakah kemenangan Hilman dan penggantungan 10 bahagian PPBM mempunyai kaitan dengan strategi Muhyiddin untuk mengukuhkan kedudukan beliau?

Ternyata demokrasi dalam PPBM sudah mati dan adakah PN akan terheret sama?

 

Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker