Ten Hag tidak mahu tekan ‘butang panik’
Ten Hag tidak mahu tekan ‘butang panik’
London: Pengurus Manchester United Erik ten Hag menegaskan tiada keperluan untuk menekan butang panik walaupun prestasi pasukannya terumbang ambing ketika ini.
Ketika ini, skuad Red Devils jatuh ke tangga ke-13 dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan kekalahan 0-3 kepada Tottenham di Old Trafford.
Legenda kelab, Gary Neville menyifatkan persembahan itu ‘memalukan’ manakala Ashley Young mengkritik pemain kerana didakwa tidak memberikan usaha keras.
Ramai peminat United ketika ini menggesa Ten Hag dipecat, namun pengendali dari Belanda itu menjelaskan tidak bimbang mengenai perkara itu.
“Saya tidak memikirkannya, saya tidak cemas,” katanya ketika bercakap kepada Sky Sports. “Kami mencipta persamaan pada musim panas dengan pemilik dan kepimpinan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
“Kami membuat perjanjian ini, dan kami semua berada di belakangnya. Kami tahu strategi (adalah untuk membawa masuk) pemain muda dalam tempoh peralihan.”
Malah, Ten Hag menganggap bahawa dia tidak cemas dengan situasi semasa yang berlaku di Old Trafford.
“Kami akan mencapai kejayaan dari musim ini.
“Tiada perkara yang mudah, namun ini bukan untuk saya panik. Kami boleh selesaikan (masalah), pasukan ini boleh menyelesaikannya,” katanya.
Ten Hag tidak mahu tekan ‘butang panik’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Iron Dome Israel Gagal Tangkis Peluru Berpandu Balistik Iran
- Pendakwaraya: Watak Jho Low Bukan Ciptaan
- UMNO nak melingkup pun ,itu urusan umno, Mahathir tidak perlu menyibuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.