Polis sahkan pengakuan wanita dipaksa jadi pelacur dalam ‘Podcast Viral’ adalah cerita rekaan
Polis mengesahkan kisah seorang wanita yang disiarkan di sebuah audio siar (podcast) yang mendakwa dia dipaksa menjadi pelacur selepas bapanya berhutang dengan along adalah tidak benar.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, satu laporan polis dibuat kira-kira pukul 3 petang semalam berhubung video berdurasi 18 minit 31 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok itu.
”Rakaman video tersebut memaparkan wawancara dalam talian menemu bual wanita berusia 26 tahun melalui panggilan telefon.
”Mangsa mendedahkan bapanya berhutang along sebanyak RM20,000 dan disebabkan gagal membayar hutang wanita itu dipaksa menjadi perempuan simpanan di Pulau Pinang sejak Februari lalu,” katanya di sini, hari ini.
Menurut Hamzah, pada pukul 10.50 malam semalam, pihaknya mengesan mangsa dan wanita itu ditemui dalam keadaan selamat di sebuah rumah di Seberang Perai Utara.
“Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati mangsa menghubungi program wawancara itu pada 26 Julai lalu dan kejadian dipaksa bekerja tanpa gaji oleh along di rumah merah adalah tidak benar dan tidak pernah berlaku,” katanya.
Hamzah menjelaskan, mangsa mereka cerita sekadar untuk meluahkan perasaannya dan mengaku membuat pinjaman wang dengan beberapa syarikat pemberi pinjam wang selain diugut kerana gagal membayar hutang. Ibu mangsa yang berada di kampung turut menerima ugutan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mudah mempercayai dan menyebarkan maklumat di media sosial,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional