Kecacatan semula jadi sejak dalam kandungan ibu : Azizulhasni
Kecacatan semula jadi sejak dalam kandungan ibu : Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menyifatkan penyakit berkaitan jantung yang dihadapi beliau adalah birth defect atau kecacatan semula jadi sejak beliau dalam kandungan lagi.
Berikutan itu, katanya adalah tidak masuk akal jika ada dalam kalangan masyarakat yang mengaitkannya dengan ubatan ataupun gaya beliau yang sentiasa dengan latihan berintensiti tinggi.
Azizulhasni yang percaya ramai yang telah faham dangan penerangannya tentang fungsi anatomi jantung semalam dan pada hari ini beliau mengambil kesempatan melakukan penerangan lebih terperinci menerusi akaun Instagram.
“Untuk jantung manusia normal, Left Coronary Artery (LCA) akan bekalkan darah kepada bahagian kiri jantung di mana ada ventricle kiri dan atrium kiri manakala Right Coronary Artery (RCA) pula bekalkan darah kepada bahagian kanan jantung yang ada ventricle kanan, atrium kanan dan juga sinoatrial (SA) dan atrioventricular (AV) nodes yang mengawal rhythm (rentak) jantung.
“Untuk kes saya, RCA tidak keluar di tempat sepatutnya iaitu dibahagian kanan akan tetapi dia keluar di bahagian kiri berhampiran dengan LCA,” katanya.
Tambah beliau, apa yang berlaku kepada beliau adalah kecacatan semulajadi sejak dalam kandungan ibunya lagi dan adalah tidak logik jika adalah dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan dengan ubatan ataupun gaya hidupnya dengan latihan berintensiti tinggi.
Azizulhasni atau dikenali dengan jolokan The Pocket Rocketman memberi gambaran mudah dengan mengambil contoh bagaimana paip air yang keluar dari belah hujung kiri dan dibengkok ke belah hujung kanan yang mana alirannya akan terganggu.
“Tak cukup dengan itu, RCA saya juga lalu ditempat tidak sepatutnya sebelum sampai ke bahagian kanan jantung iaitu dicelah-celah Aorta dan Pulmonary Artery.
“Jadi RCA saya sekali lagi tersepit disitu dan keadaan pembuluh darah pun sudah agak leper dan tidak normal seperti biasa,” ujarnya.
Lebih membimbangkan, katanya, beliau sentiasa menggunakan jantung pada tahap yang tertinggi ketika latihan dan apabila jantung berdegup kencang ia akan menghimpit saluran RCA tersebut.
Menurut Azizulhasni, pengajaran yang boleh diambil daripada apa yang berlaku ke beliau ialah melakukan imbasan penuh walaupun individu itu sihat, aktif dan cergas.
“We never know. Keduanya, walaupun kita mempunyai banyak kekurangan atau kecacatan dalam diri, ianya bukanlah halangan dan alasan untuk kita berjaya dalam sesuatu perkara,” katanya. MG
Kecacatan semula jadi sejak dalam kandungan ibu : Azizulhasni
Baca Artikel Menarik:
- Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin
- Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya
- Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi
- ‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur
- Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja
- Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis
- Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]
- Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video)
- Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud
- Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf
- 34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung
- Isham lapor polis terhadap Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)
Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula
You must be logged in to post a comment.