Malaysia akan bawa masuk pelaburan baharu dari China dalam industri halal

Zahid Hamidi mengetuai delegasi Malaysia dalam sesi meja bulat Forum Perniagaan Halal Malaysia-China di Shanghai.

Malaysia akan bawa masuk pelaburan baharu dari China dalam industri halal

SHANGHAI: Malaysia dijangka berpotensi membawa masuk pelaburan baharu dari China dalam industri halal melalui Forum Perniagaan Halal Malaysia-China yang diadakan di bandar raya ini.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, China disenaraikan antara dua destinasi teratas untuk eksport halal Malaysia berdasarkan eksport bernilai RM6.25 bilion (USD1.4 bilion) dalam sektor perdagangan halal setakat Julai 2024, merangkumi bahan-bahan halal, makanan dan minuman, derivatif minyak sawit, bahan kimia industri, kosmetik dan farmaseutikal.

Katanya, Shanghai yang kaya dengan sejarah dan ekonomi yang bertenaga, menyediakan persekitaran ideal untuk perbincangan mengenai masa depan industri halal dan potensi kerjasama yang lebih mendalam antara kedua-dua negara.

Malaysia telah membangunkan sistem pensijilan halal yang sangat dihormati. Dari semasa ke semasa, kita berkembang menjadi pihak berkuasa yang terkemuka dengan sistem pensijilan komprehensif yang diiktiraf di seluruh dunia, katanya pada Sesi Meja Bulat Halal di forum itu hari ini.

Sehubungan itu, Zahid berkata, kepentingan dalam diplomasi halal semestinya diiktiraf.

Malaysia menghargai perkongsian dan pakatan dalam sektor halal, katanya.

Dengan bekerjasama, kita boleh memanfaatkan kekuatan, berkongsi kepakaran dan memastikan produk halal kita memenuhi standard tertinggi untuk pengguna Islam di seluruh dunia.

Zahid berkata, walaupun banyak negara mengiktiraf logo halal, tetapi usaha menyelaraskan standard dan melancarkan aliran perdagangan kini masih dalam proses.

Sebagai contoh, katanya, Malaysia pada masa ini mengiktiraf 88 badan pensijilan halal di seluruh dunia, termasuk enam dari China.

“Sesi meja bulat pada forum ini merupakan platform yang ideal untuk meneroka penyelesaian kerana kita boleh membincangkan penyelarasan proses pensijilan bagi pengeksport China dan mempertingkatkan kerjasama antara Malaysia dan China.

Kita akan memastikan produk-produk China memenuhi piawaian halal Malaysia dengan cekap dan memudahkan akses ke pasaran lain yang mengiktiraf pensijilan Malaysia, katanya.

Forum Perniagaan Halal Malaysia-China anjuran Halal Development Corporation Bhd (HDC), menampilkan lebih 30 pemain industri halal dari kedua-dua negara.

Delegasi Malaysia disertai Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Besar Perak Saarani Mohamad; Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun; dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC Hairol Ariffein Sahari. FMT

Malaysia akan bawa masuk pelaburan baharu dari China dalam industri halal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)

Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker