Akmal ulas kenyataan MCA mengenai sijil halal

Akmal ulas kenyataan MCA mengenai sijil halal

Ketua Pemuda Umno Muhamad Akmal Saleh menyatakan pendirian jelas bahawa sesiapa pun yang menyinggung isu 3R (agama, kaum dan bangsa) tidak akan terlepas.

Dia, yang mengecam keras pemimpin DAP Teresa Kok dalam isu halal, berkata demikian ketika ditanya berkaitan kenyataan Naib Presiden MCA Wee Jeck Seng yang bernada sama.



“Siapa sekalipun yang menyentuh 3R tidak akan terkecuali,” katanya ringkas kepada Malaysiakini melalui pesanan teks, semalam.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada kenyataan itu bermaksud Pemuda Umno akan membuat laporan polis terhadap Wee, dia tidak membalasnya.

Semalam, dilaporkan, beberapa jam sebelum Kok mengulas isu itu, Wee mengeluarkan kenyataan media dalam bahasa Cina mengkritik cadangan itu sebagai melanggar kebebasan dan hak orang bukan Islam.

Menegaskan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama, Wee berkata mewajibkan sesuatu atas dasar agama adalah tidak adil kepada masyarakat lain.



Wee dan Kok sama-sama mengulas laporan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan babi dan arak.

Kok hari ini memberikan keterangan kepada Bukit Aman susulan laporan polis terhadapnya.

Terdahulu dia menafikan tidak menghormati Islam atau mempersoalkan keperluan untuk pensijilan halal.

Sebaliknya, katanya, sebagai anggota parlimen dia bertanggungjawab menyuarakan masalah rakyat berbilang kaum. Mk



Akmal ulas kenyataan MCA mengenai sijil halal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…



Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)

Ramly Burger disanjung dalam The New York Times



Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker