Lee Zii Jia ketiga terbaik dunia

Lee Zii Jia ketiga terbaik dunia

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kembali berada dalam kelompok tiga terbaik dunia berdasarkan kemaskini terbaharu ranking dunia dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.

Kedudukan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu naik satu tangga untuk menghuni ranking nombor tiga dunia.

Kali terakhir pemain berusia 26 tahun itu berada dalam kelompok tiga terbaik adalah pada 18 Januari tahun lalu yang menyaksikan dia menghuni nombor dua dunia – ranking terbaik dalam kerjayanya.

Meskipun tidak beraksi dalam kejohanan sejak tersingkir di pusingan pertama Terbuka Jepun dua minggu lalu, kedudukan ranking Zii Jia naik disebabkan pemain Indonesia, Jonatan Christie kehilangan mata susulan pencapaian separuh akhir Terbuka China tahun lalu yang berlangsung pada minggu ke-36.

Jonatan jatuh daripada kedudukan nombor tiga ke nombor tujuh dunia.

Pemain China, Shi Yuqi kekal sebagai pemain nombor satu dunia manakala juara Olimpik dua kali, Viktor Axelsen di tempat kedua.

Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan sejak Februari lalu selepas dua kali menjalani pembedahan jatuh tiga anak tangga di kedudukan ke-25 dunia.

Bagaimanapun, dengan Tze Yong memperoleh perlindungan ranking, dia tidak berdepan masalah untuk kembali beraksi dalam kejohanan utama berdasarkan kedudukan ranking terakhirnya di tangga ke-18.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik jatuh daripada nombor tiga dunia ke kedudukan kelima selepas kehilangan mata daripada pencapaian naib juara Terbuka China tahun lalu.

Beregu lelaki kekal acara terbaik buat Malaysia apabila empat pasangan dalam kedudukan 20 terbaik dunia.

Tiga lagi gandingan iaitu Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang kini bergerak secara profesional di kedudukan ke-12, Man Wei Chong-Tee Kai Wun (17) dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri (19).

Beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei masing-masing kekal kedudukan nombor lapan dan sembilan dunia.

Perseorangan wanita, Goh Jin Wei jatuh daripada kedudukan ke-31 ke 33 dunia. BH

Lee Zii Jia ketiga terbaik dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)

Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker