Kilang seri kaya guna logo halal tanpa kebenaran diserbu KPDN
Kilang seri kaya guna logo halal tanpa kebenaran diserbu KPDN
KAMUNTING: Sebuah kilang memproses seri kaya di Taman Glenview, Kamunting, diserbu semalam selepas disyaki menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Kamalludin Ismail berkata serbuan dijalankan kira-kira 10.45 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN cawangan Taiping.
“Melalui pemeriksaan yang dijalankan mendapati kilang ini beroperasi mengeluarkan produk makanan iaitu seri kaya (jem) dan pemeriksaan lanjut terhadap produk akhir mendapati ada logo halal pada bungkusan seri kaya terbabit. Produk makanan ini juga dipercayai untuk edaran jualan di sekitar Perak dan Pulau Pinang.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, pemilik perniagaan gagal mengemukakan sijil pengesahan halal Malaysia yang sah. Sehubungan dengan itu, satu tindakan kes diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana disyaki menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa Jakim, katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata sebanyak 65 unit produk seri kaya yang siap dan 2,000 unit bekas plastik tertera logo halal tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan dan dokumen berkaitan disita serta nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah RM452.25.
Kilang itu beroperasi sejak 1994 dan mempunyai sijil halal, tetapi telah tamat tempoh dan kes dalam siasatan. Kes ini disiasat di bawah Perintah 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal, katanya.
Kamalludin berkata jika disabitkan kesalahan bagi pertubuhan perbadanan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM1 juta.
“Jika pesalah bukan pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
KPDN memandang serius peniaga yang menggunakan perakuan dan penandaan halal terhadap produk makanan atau barangan keluaran yang melanggar undang-undang mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, katanya.
Beliau berkata sebarang aduan, pengguna boleh menyalurkan kepada KPDN untuk tindakan selanjutnya melalui saluran seperti Aplikasi WhatsApp KPDN menerusi talian 019-848 8000, portal e-aduan KPDN https://eaduan.kpdn.gov.my, pusat panggilan 1 800 886 800, aplikasi telefon pintar EZ ADU KPDN di Google Play atau App Store. FMT
Kilang seri kaya guna logo halal tanpa kebenaran diserbu KPDN
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)
Ramly Burger disanjung dalam The New York Times
You must be logged in to post a comment.