Polis cari Rayn Azzaro

Polis cari Rayn Azzaro

KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung hantaran di Facebook yang didakwa mempersendakan pakaian yang menjadi syariat wanita Muslim.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata laporan yang dibuat Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu di Balai Polis Kuala Terengganu itu diterima pihaknya jam 3.35 petang semalam.



Setakat ini, tiada laporan berkait isu sama dibuat di daerah lain dan pihaknya akan membuat permohonan segera kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mendapatkan pemilik sebenar akaun Facebook yang bernama ‘Ryan Azzaro’ itu.

“Siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak menjadikan isu 3R (agama, kaum dan raja) sebagai satu sentimen politik, gurauan serta usikan dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang berbuat demikian,” katanya.

Azli berkata, berdasarkan laporan diterima pihaknya sebelum ini, pengadu melihat satu hantaran di Facebook yang menggunakan nama ‘Ryan Azzaro’ yang mengandungi imej dihasilkan menggunakan teknologi AI menunjukkan seorang wanita berpurdah sedang melakukan aksi melompat ke kolam renang dengan kapsyen ” Wellcome to Afganu ” kira-kira jam 3 petang kelmarin.



Beliau berkata, pengadu merasakan kiriman itu memperlekehkan simbol agama Islam dan dasar kerajaan Negeri Terengganu yang tegas mempertahankan pematuhan syariat khusus berkaitan aurat dalam sukan.

Menerusi laporan itu, katanya, pengadu mengatakan hantaran itu berbaur penghinaan terhadap agama Islam yang secara tidak langsung menjejaskan keharmonian masyarakat negara ini.

“Pengadu beranggapan hantaran itu dibuat ekoran arahan Kerajaan Negeri Terengganu yang melarang atlet wanita menyertai acara terjun dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 kerana pakaian tidak mematuhi syariah.

“Pengadu memaklumkan tindakan suspek bukan saja mencabar keputusan kerajaan negeri malahan menyentuh sensitiviti agama yang bertentangan dengan kempen 3R yang sedang ditekankan kerajaan Persekutuan.



“Hantaran dibuat suspek iaitu wanita memakai purdah sedang membuat terjunan ke kolam, melanggar prinsip kempen 3R kerana ia menyentuh isu agama dengan menghina simbol keagamaan yang dipakai oleh wanita Islam,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah hantaran memaparkan wanita mengenakan burqa iaitu pakaian berwarna hitam yang menutup seluruh badan sedang membuat aksi terjunan.

Hantaran itu dipercayai mengaitkan kontroversi penyertaan dua penerjun wanita beragama Islam mewakili Terengganu pada SUKMA di Sarawak yang tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri. BH

Polis cari Rayn Azzaro



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim



Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.

Adik nampak bapa rogol kakak



Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker