Kepong, Kampung Baru, Ampang dan Pandan Jaya berisiko tinggi lubang benam?

Kepong, Kampung Baru, Ampang dan Pandan Jaya berisiko tinggi lubang benam?

Empat kawasan di ibu negara dikenal pasti antara lokasi dengan risiko sangat tinggi berlakunya kejadian lubang benam (sinkhole) iaitu Kepong; Kampung Baru; Ampang dan Pandan Jaya.

Perkara itu berdasarkan satu kajian pada tahun 2017 yang dikongsikan semula oleh laman Faceboook Pulic Health Malaysia (PHM), semalam.

Kajian itu bertajuk “Sinkhole Susceptibility Hazard Zones Using GIS and Analytical Hierarchical Process (AHP): A Case Study of Kuala Lumpur and Ampang Jaya” oleh Rosdi et al. (2017)

Menerusi kajian itu, tiga lokasi turut disenaraikan sebagai berisiko tinggi berlaku lubang benam iaitu Pudu, Cheras dan KLCC manakala Taman Tun Dr. Ismail (TTDI); Bukit Jalil dan Sungai Besi pula dikategorikan sebagai lokasi dengan risiko rendah.

Kajian itu turut menyertakan empat lokasi pernah berlaku kejadian lubang benam sebelum ini iaitu di Ampang; Pudu; Kepong dan Kampung Baru.

Berdasarkan catatan di laman Facebook PHM itu lagi, kajian tersebut bertujuan mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi terhadap pembentukan `sinkhole’, yang boleh memberi implikasi serius terhadap pembangunan infrastruktur dan keselamatan awam.

Kajian itu menggunakan gabungan teknologi Geographical Information System (GIS) dan Analytical Hierarchical Process (AHP) untuk menghasilkan peta risiko yang boleh membantu dalam perancangan bandar dan mitigasi bencana.

Lima parameter utama yang digunakan dalam kajian itu termasuk jenis batuan, penggunaan tanah, kedalaman air bawah tanah, dan lain-lain, adalah faktor penting dalam perkembangan `sinkhole’.

“Kajian ini juga menyarankan agar teknologi ini diterapkan secara meluas dalam perancangan bandar dan pengurusan risiko bencana untuk mengurangkan kesan negatif terhadap infrastruktur dan keselamatan awam,” demikian seperti yang ditulis menerusi catatan itu.

Isu kebimbangan berkenaan berlakunya kejadian lubang benam atau mendapan tanah di Kuala Lumpur kini menjadi topik perbincangan berikutan kejadian melibatkan seorang pelancong India di Jalan Masjid India, baru-baru ini.

Selepas empat hari kejadian itu, mangsa iaitu seorang wanita berusia 48 tahun yang terjatuh ke dalam lubang benam sedalam lapan meter masih gagal ditemukan sehingga kini. MG

Kepong, Kampung Baru, Ampang dan Pandan Jaya berisiko tinggi lubang benam?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker