Danish Iftikhar, Nur Afrina ungguli acara pecut Sukma 2024

Danish Iftikhar, Nur Afrina ungguli acara pecut Sukma 2024

KUCHING: Danish Iftikhar Muhammad Roslee dan Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal masing-masing dinobatkan raja dan ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2024 selepas mendominasi acara 100m hari ini.

Danish Iftikhar mencatatkan 10.53s untuk menang pingat emas buat Johor, menafikan cabaran sengit dua lagi pelumba, Danish Irfan Tamrin dan Muhammad Erfain Feerzan Qhan Mohd Yazid, yang masing-masing meraih perak dan gangsa.



Danish Irfan dari Selangor merakam kepantasan 10.60s manakala Muhammad Erfain dari Pahang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan masa 10.66s.

“Semua pesaing memberikan yang paling hebat, saingan paling kuat dari separuh akhir sampai final. Sayang tak fikir apa-apa, saya cuma percaya pada rezeki dan tawakal sebab saya sudah buat terbaik dan berlatih dengan gigih.

Saya memang ada letak sasaran untuk menang emas dan bantu Johor, kata Danish Iftikhar, 17, ketika ditemui di Stadium Sarawak.

Danish Iftikhar berharap dapat meneruskan momentum positif untuk membantu Johor meraih emas dalam acara 200m esok dan 4x100m pada Jumaat.



Pada masa sama, atlet Selangor, Nur Afrina mempamerkan larian bertenaga untuk membawa pulang emas 100m wanita selepas mengungguli saingan dengan 11.64s, yang juga rekod baharu temasya Sukma 2024.

Nur Afrina memadam rekod 16 tahun milik Siti Fatima Mohamad dari Johor 11.82s yang dilakukan pada Sukma 2008 di Terengganu.

“Sukma kali ini edisi terakhir saya dan ini semestinya ia sasaran saya untuk memecahkan rekod Sukma dan menang pingat emas buat Selangor.

Saya juga bersyukur kerana dapat memperbaharui rekod Sukma dan sebenarnya catatan peribadi terbaik saya menyamai rekod Sukma, kata atlet berusia 20 tahun itu.



Saingan olahraga yang menawarkan keseluruhan 47 pingat emas berlangsung selama lima hari bermula hari ini. FMT

Danish Iftikhar, Nur Afrina ungguli acara pecut Sukma 2024

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu

Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)



‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker