Ruhainies minta pelihara hatinya
Ruhainies minta pelihara hatinya
Pelakon Ruhainies menitipkan doa kepada Tuhan agar dirinya tidak terjebak daripada melakukan hal yang boleh membuka aib mana-mana pihak.
Menurut pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, perkara tersebut diharapkannya kerana enggan segala amal ibadahnya selama ini menjadi sia-sia.
“Saya tidak sempurna dan tiada sesiapa juga begitu melainkan Allah SWT.
“Peliharalah hati saya untuk tidak membuka aib sesiapa. Janganlah segala amalku menjadi sia-sia,” katanya dalam InstaStory.
Menerusi perkongsian sama, pelakon drama Cukup Derita Itu turut mengulang siar video ceramah tentang akibat membuka aib individu lain.
“Nabi pernah memberitahu, sekali sahaja kamu membuka aib tentang orang lain, seluruh amal soleh sejak akil baligh akan hilang,” kongsi seorang pendakwah bebas dalam video tersebut.
Sehingga kini, setiap perkara dilakukan Ruhanies kerap menjadi bualan ramai terutama selepas insiden ditangkap khalwat dengan penyanyi, Aliff Aziz pada Mac lalu.
Rentetan daripada kes tangkap khalwat tersebut, pelakon, Bella Astillah dan wanita didakwa kekasih gelap Aliff, Sarah Yasmine turut ‘melondehkan’ pelbagai pendedahan berkaitan Ruhainies termasuk perbualan WhatsApp dan hubungan cinta dengan Aliff. K Online
Ruhainies minta pelihara hatinya
Baca Artikel Menarik:
- Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus
- 11 hari tidur atas lantai simen lokap SPRM – Zarul
- Kamu nak dakwa siapa? – Aufahanie
- Pemain bola sepak bawa senjata dipenjara 14 hari
- ‘Samseng taik kucing’ acu pistol mainan adik
- Jawatan PM Thailand kembali kepada keluarga Thaksin
- Saya bukan Papagomo – Wan Azri
- Pakar Hospital Queen Elizabeth 2, UMS, bedah otak pesakit secara sedar
- Balik umrah pakai seksi, ini kata Eyka Farhana
- Akmal bidas Teresa kerana dakwa tak hormat keputusan mahkamah
- Tumbuk pemandu OKU: LFL mahu pertuduhan jenayah bukan tindakan tatatertib
- ‘Gadis kampung’ jadi Datuk Bandar KL
- Akhirnya Nidza Afham menjadi ‘terkenal’
- Buat malu nama Malaysia saja
- Intan dipukul suami kerana tonton video lucah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’
Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah
Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan