Kronologi kes pembunuhan Istiqomah

Kronologi kes pembunuhan Istiqomah

KEHILANGAN seorang guru wanita di Johor Bahru sejak lapan bulan lalu, akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tanpa kepala yang ditemui dalam longkang di Alor Gajah, Melaka pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Berikut adalah kronologi kes kehilangan dan pembunuhan guru, Istiqomah Ahmad Rozi.



26 Disember 2023: Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, gagal pulang ke rumah selepas keluar bekerja

27 Disember 2023: Laporan berhubung kehilangan tersebut diterima polis pada jam 12.36 tengah malam, 27 Disember 2023

27 Disember 2023: Kereta milik guru SK Kota Masai 3, Pasir Gudang, Johor ditemui di sebuah pasar raya terkemuka di bandar terbabit.

28 Disember 2023: Berita mengenai kehilangan Istiqomah mula tular di media sosial. Suaminya, Mohd Yusof Mokhtar, menyatakan sudah mengusahakan pelbagai cara untuk mengesan wanita ini termasuk mendapatkan khidmat perubatan Islam.



Mayat dalam plastik sampah di tepi jalan

6 Januari 2024: Media melaporkan seorang wanita dibunuh dengan kejam apabila bahagian badannya ditemui disumbatkan ke dalam plastik sampah dan dibuang ke dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka, pada 31 Disember lalu namun identiti masih belum diketahui.

12 Ogos 2024: Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah menyatakan mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui di dalam tong sampah pada 31 Disember lalu, disahkan milik Istiqomah Ahmad Rozi.



Kronologi kes pembunuhan Istiqomah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor masak, pramugari hidang



Mamat enggan cari gaduh dengan Jep

Oh My English satu sumpahan – Zain



Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker