Anggota polis peras ugut peniaga burger, kertas siasatan kini di timbalan pendakwaraya
Klang: Polis akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat membabitkan penahanan dua anggota polis selepas disyaki memeras ugut peniaga burger sambilan di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dekat Bandar Puteri, Klang, Selangor, pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pegawai penyiasat sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Menurutnya, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai peniaga burger sambilan pada jam 10 malam Selasa lalu.
“Semasa pemeriksaan dijalankan, anggota polis meminta sejumlah wang tunai bagi mengelakkan motosikal pengadu disita.
“Pengadu menyerahkan sejumlah wang tunai dan barang milik pengadu kepada anggota terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati cukai jalan motosikal yang ditunggang oleh pengadu tamat tempoh pada 15 Mac 2013.
“Anggota peronda menggunakan kesalahan ini untuk meminta sejumlah wang daripada pengadu.
“Setelah berbincang, pengadu masukkan wang tunai sebanyak RM90 ke dalam plastik berisi burger dan menyerahkan kepada anggota polis.
“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan anggota polis itu ditahan Rabu lalu dan merampas barang kes berkaitan,” katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPS) Klang Selatandi talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.
Harian Metro semalam melaporkan dua anggota polis ditahan selepas disyaki memeras ugut penghantar makanan di Kesas, dekat Bandar Puteri, Klang, Selangor, pada Selasa lalu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
- Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT
- Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih
- Peruntukan Sabah: Semasa ada kuasa dulu, kamu diam
- Jazlan sedia letak jawatan
- Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM
- Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan
- KLCC jadi 3 menara
- MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri
- Ringgit terkuat di Asia: Anwar ‘sound’ Malaysiakini
- Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
- Kemalangan ngeri acara keirin wanita Olimpik
- Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin
- Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang
- MTUC terkejut gaji CEO bank cecah jutaan ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Doktor masak, pramugari hidang
Oh My English satu sumpahan – Zain