Akhlaken Coffee berkonsepkan ‘lepak healing’

Akhlaken Coffee berkonsepkan ‘lepak healing’

MINUM kopi sambil lepak dan healing sampai pagi.

Itu konsep diketengahkan perniagaan minuman jenama Akhlaken Coffee yang beroperasi di Taman Sri Putri Meru, Klang, Selangor.

Ketua Pegawai Pemasaran, Mohammad Nasrullah Mohd Noor berkata, perniagaan yang baru menyambut ulang tahun pertama pada 15 Julai lalu itu diusahakan dengan konsep street cafe.

“Kami memilih konsep ini kerana jenama ini memang bermula dari bawah selain ingin mendekati orang ramai terutama penduduk Meru.

“Boleh dikatakan perniagaan kopi ini antara yang terawal mengetengahkan konsep healing. Kebetulan, waktu operasi kita bermula jam 5.30 petang hingga 1.30 pagi. Jadi, memang sesuai untuk mereka yang gemar minum kopi sambil bersantai.

“Alhamdulillah, konsep sebegini mendapat sambutan. Kita memang sediakan kerusi dan meja ala camping style. Malah, pelanggan kami bermula dari golongan kanak-kanak hingga orang dewasa.

“Sebelah siang kanak-kanak yang pulang dari sekolah, selepas waktu isyak golongan keluarga dan jam 10 ke atas anak muda pula,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, perniagaan yang diusahakan itu turut melancarkan program infak pada setiap Jumaat yang bermula sejak April lalu.

“Kempen infak ini adalah satu komitmen perniagaan di mana kami berikan kopi percuma setiap Jumaat.

“Tidak disangka, ramai turut serta dalam program ini dan kami sediakan pakej itu sejak April lalu.

“Kemudian, setiap sebulan sekali kami buat kembara kecil dari masjid ke masjid. Insya-Allah, kami menyasarkan untuk buat di seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, perniagaan yang diusahakan bersama dua lagi rakan kongsi iaitu Abdul Muin Mohd Noor (Ketua Pegawai Eksekutif dan Operasi) dan Amirul Izzuddin Wahid (Ketua Pegawai Kewangan) menyasarkan untuk membuka antara 10 hingga 15 francais Akhlaken Coffee pada tahun ketiga perniagaan itu nanti.

Menurutnya, menu istimewa yang dijual adalah Turkish Coffee yang dipanaskan atas pasir dan Singgit Black Coffee yang dijual pada harga RM1. HM

Akhlaken Coffee berkonsepkan ‘lepak healing’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker