Tiada kematian di UK bukti kejayaan program vaksin besar berkesan
JOHOR BAHRU: Kejayaan United Kingdom (UK) yang tidak merekodkan sebarang kematian akibat Covid-19 sejak beberapa hari lalu merupakan bukti keberkesanan program vaksinasi besar-besaran.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kejayaan itu turut memberi keyakinan bahawa vaksin dapat meningkatkan imuniti seseorang individu dalam melawan wabak berkenaan.
Jelasnya, disebabkan itu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) perlu dijayakan dengan kerjasama rakyat negara ini.
“Saya dapati data yang kita peroleh dari UK menunjukkan program vaksinasi berjaya catat sifar kematian. Ini memberi kita semangat untuk melaksanakan program pemberian vaksin pada skala besar.
“Disebabkan itu penting untuk kita tingkatkan imuniti dan perlindungan kepada seramai mungkin agar situasi Covid-19 di negara ini tidak sampai ke tahap lebih serius,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.
Baru-baru ini, media antarabangsa melaporkan UK tidak merekodkan sebarang kematian akibat Covid-19 sejak beberapa hari lalu dipercayai selepas pelaksanaan program vaksinasi besar-besaran di negara berkenaan.
Sehubungan itu, Dr. Adham sekali lagi menegaskan kepentingan masyarakat negara ini untuk beramai-ramai mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin menerusi PICK dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.
“Menerusi PICK fasa pertama, seramai kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan menerima suntikan manakala dalam fasa kedua pula dijangkakan seramai 9.3 juta individu akan disuntik. Program itu kemudian akan diteruskan dalam fasa ketiga di mana dianggarkan seramai lebih 13 juta individu akan disuntik.
“Oleh kerana itu kerajaan mengambil inisiatif menyediakan lebih banyak kemudahan PPV di seluruh negara termasuk PPV Mega, PPV Bergerak, PPV Klinik Kesihatan, PPV Hospital Awam dan lain-lain,” katanya.
Tiada kematian di UK bukti program vaksin skala besar berkesan
Baca Artikel Menarik
- Mahu cari saham akhirat, Nora kongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan
- Moratorium, Tengku Zafrul U-TURN!
- [VIDEO] ‘Rider’ Foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Penjenayah Di Puji Netizen
- Selepas tutup pintu, Ismail Sabri naik status nasi ayam goreng kunyit
- Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang
- New option on MySejahtera app to help those wanting to cancel, alter vaccination appointments
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.