Dr. Jezamine Lim failkan penceraian terhadap Harith Iskander
ISTERI kepada pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr. Jezamine Lim didakwa sudah memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Meskipun dilihat berlaku secara tiba-tiba memandangkan sebelum ini rumah tangga pasangan itu dilihat aman, difahamkan kes mereka bakal disebut dalam masa terdekat.
Betul, saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu,” katanya.
Bagaimanapun, Jezamine enggan memberi sebarang komen berhubung isu rumah tangganya dengan Harith.
“tidak mahu beri sebarang komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, kelihatan ibu kepada tiga cahaya mata itu bergambar di hadapan dewan mahkamah mengenakan jubah dan bertudung sambil ditemani peguam syarie, Datuk Akberdien Abdul Kadir.
Usaha HibGlam menghubungi Harith bagi mendapatkan pengesahan belum berhasil apabila dia tidak memberikan maklum balas mengenai isu tersebut.
Selain itu, cubaan HibGlam menghubungi Akberdin bagi mendapatkan maklumat juga tidak berjaya apabila panggilan tidak berjawab.
Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11 dan Zydane Zayne yang kini berusia sembilan tahun.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai
You must be logged in to post a comment.