Mufti, timbalan perlu dilantik daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah.- Mufti Kedah

KUALA LUMPUR: Mufti Kedah menyokong syarat pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan dan Timbalannya perlu dalam kalangan individu berpegang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah.

Syarat pelantikan itu terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat, esok.

Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, syarat pelantikan itu juga berdasarkan dari aspek syariat mengikut mazhab Shafie tetapi pada masa sama boleh berpegang kepada mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali atau ijtihad hukum memberi maslahah kepada masyarakat Islam.



Beliau berkata, dari aspek tasawuf pula adalah berdasarkan pegangan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

“RUU itu akan menjadi punca kuasa kepada Pejabat Mufti Wilayah-Wilayah untuk penambahbaikan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan selaras dengan peruntukan undang-undang.

“Peruntukan RUU mantap dan menyeluruh merangkumi bidang kuasa Pejabat Mufti Wilayah-Wilayah, iaitu fatwa, falak dan tauliah mengajar agama Islam,” katanya dalam kenyataan di laman web dan Facebook Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman di sini, hari ini.

Rabu lalu, Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim, berkata RUU Mufti yang mentakrifkan ASWJ dari sudut akidah bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah, manakala fiqh mazhab Shafie dengan meraikan tiga mazhab lain perlu disokong umat Islam sepenuhnya.



Pandangan itu turut disokong Pertubuhan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI) yang menyifatkan RUU itu antara usaha menjelaskan maksud ASWJ di negara ini dengan lebih sempurna untuk mengelakkan masyarakat awam ditipu sesetengah pihak kerana terdapat usaha pengambilalihan istilah itu dan mengeluarkan pula golongan sebenar yang mewakilinya.

Syeikh Fadzil berkata, kepentingan undang-undang ini merujuk kepada pandangan Imam al-Ghazali, iaitu ‘tidak akan lurus untuk urusan agama melainkan lurusnya peraturan atau sistem dunia.

“Semoga RUU ini dapat menjadi platform terbaik dalam usaha memantapkan pengurusan pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah-Wilayah,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura



M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen



Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker