Selangor hanya perlukan 10 pemain untuk ‘titik’ Perak
KUALA LUMPUR: Selangor melebarkan rekod kemenangan bersih dalam empat aksi berturut-turut di gelanggang sendiri musim ini apabila menundukkan Perak 2-1 pada aksi Liga Super, sebentar tadi.
Meskipun berdepan detik cemas apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain lebih 30 minit, namun Gergasi Merah berjaya bertahan dan menjadikan Bos Gaurus sebagai mangsa terbaharu mereka di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Skuad kendalian Nidzam Jamil sebelum ini mengatasi Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 selain dua kali membelasah Negeri Sembilan dengan jaringan 4-0 termasuk satu aksi peringkat 16 Piala FA.
Pada aksi menentang Perak, Selangor yang juga naib juara Liga Super musim lalu lebih banyak mencipta gerakan berbahaya pada babak pertama dan berjaya berada di depan pada minit ke-24 hasil jaringan jarak dekat penyerang import, Ronnie Fernandez.
Gergasi Merah diberikan sepakan penalti pada minit ke-38 selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mengesan kekasaran dilakukan Tommy Mawat Bada terhadap Alvin Fortes dan peluang itu tidak disia-siakan Fernandez untuk meledak gol kedua.
Bagaimanapun, malang menimpa pasukan Lembah Klang itu apabila mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Alex Agyarkwa diperintah keluar padang pada minit ke-64.
Keputusan pengadil, Ahmad Zuhadi Dzulkifli melayangkan kad merah kepada Agyarkwa selepas meneliti VAR dengan pemain dari Ghana itu didakwa mengasari Wan Zack Haikal Wan Noor.
Kesempatan itu digunakan Perak dengan mereka berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan pemain gantian, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar pada minit ke-78 dan dia menjadi pemain pertama membolosi gawang Selangor musim ini.
Selangor bagaimanapun bernasib baik apabila beberapa asakan Bos Gaurus pada penghujung perlawanan gagal menjelmakan jaringan penyamaan buat skuad Yusri Che Lah.
Kemenangan itu menyaksikan Selangor memintas Terengganu dan Sabah untuk berada di kedudukan kedua liga dengan mengumpul sembilan mata, tiga mata di belakang pendahulu yang juga juara bertahan 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Ia juga menjadi kemenangan ketiga berturut-turut Selangor dalam saingan Liga Super dengan mereka hanya tercicir mata selepas menarik diri dari aksi Piala Sumbangsih bulan lalu yang menyaksikan JDT diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dia bukan milikku dalam Islam
- Chef Wan diarah bayar saman kepada bekas menantu
- Dua Lipa berani pertahankan hak Palestine
- Ikan ‘gergasi’ belakang motosikal jadi perhatian (Video)
- Sudahlah curang, pukul isteri pulak
- Isteri minta fasakh dibunuh suami
- Vakum Noor Nabila Yang Berharga RM15,000 Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]
- Retorik bermusim Annuar Musa
- Noorkhiriah Mohon Maaf Kepada Anak Fauzi Nawawi
- Puteri Aishah Dedah Wajah Anak, Buat Netizen ‘Geram’!-“Hidung Ayahnya..”
- Anwar mahu projek ECRL yang diasaskan Najib dipercepatkan
- [VIDEO] Gelagat Amira Othman Usik Aishah Azman Raih Perhatian Ramai!-“Aku Nak Tangan Ko Je”
- Aliff Aziz dan Ruhainies hadir ke mahkamah syariah
- Abang saksi adik mati dilanggar van
- Pemandu van sekolah berulang kali meminta maaf
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong
You must be logged in to post a comment.