PN akan ‘tumbang’ di PRK Sungai Bakap

Berfokuskan kepada isu masyarakat setempat, calon Pakatan Harapan (PH) PRK Sungai Bakap Joohari Ariffin, akan terus mendekati pengundi sekali gus bekerja kuat memutihkan sokongan di kawasan ‘kelabu’.

Joohari yang dalam misi merampas semula kerusi Sungai Bakap yang kini disandang PAS, berkata beliau akan memberi tumpuan kepada isu setempat seperti isu air, prasarana, dan jalan dari segi pembangunan kerana ia lebih relevan dengan masyarakat Sungai Bakap.

Mengakui menghadapi tekanan untuk mengekalkan momentum kemenangan kerajaan perpaduan pada PRK Kuala Kubu Baharu, bekas guru itu yakin ia tidak mustahil kerana Sungai Bakap disifatkan sebagai kawasan kelabu, berikutan jumlah majoriti 1,563 undi yang dimenangi PAS PRN Ogos lalu, tidak terlalu besar.



“Status-quo berbeza di sini (Sungai Bakap) sebelum ini (PRK) menang, dia menang, sebelum ini kalah, dia kalah tetapi sekarang ini kita hendak menang di tempat yang kalah. Itu memang sesuatu yang tertekan, sebab itu kita kena kerja keras.

“Namun, ia tidak mustahil kerana majoriti 1,563 (undi) satu jumlah yang dikatakan kelabu menurut penganalisis politik, bukan putih dan bukan hitam, jadi kita akan pastikan yang kelabu itu kita akan putihkan,” katanya pada sesi Ramah Mesra Bersama Media di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Sungai Bakap.

Bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu, berkata beliau turut memberikan fokus kepada Pusat Daerah Mengundi (PDM) Puteri Gunong, yang mempunyai pengundi ramai, 12,417 daripada keseluruhan 39,279 pemilih.

Joohari berkata, kerusi Sungai Bakap dipegang PH selama tiga penggal sejak 2008 sebelum bertukar tangan kepada PAS pada 2023 berkemungkinan disebabkan isu, sentimen, dan persepsi pengundi.



Sehubungan itu, anak jati Sungai Bakap itu berazam untuk mendekati pengundi di akar umbi, bagi mengembalikan kepercayaan pengundi kepada kerajaan perpaduan.

Meskipun berusia 60 tahun, beliau berkata tidak menjadi masalah untuknya mendekati pengundi muda terutamanya pengundi kali pertama, kerana ramai anak didiknya atau pelajar merupakan golongan muda dan menggunakan pendekatan melalui penyampaian ilmu dalam program.

Pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga berharap, agar PRK Sungai Bakap dijadikan model atau penanda aras bagi PRK akan datang dengan mengetengahkan kempen berakhlak dan lebih bernilai tinggi.

Joohari dicabar Timbalan Ketua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail sebagai calon Perikatan Nasional (PN), dalam pertembungan satu lawan satu pada PRK DUN Sungai Bakap, 6 Julai.



Kerusi Sungai Bakap yang mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis, kosong berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Status kewangan Nedim punca penceraian Nora Danish?

Aeril Zafrel Dipaksa Wawa Zainal Potong Rambut [VIDEO]



Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong

Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker