Siti Nurhaliza Pelawa Kerja Dengannya Raih Perhatian [VIDEO]

“Sedapnya! Jangan Jadi Penarilah, Jadi Chef kat Rumah Saya”

Siti Nurhaliza Pelawa Kerja Dengannya Raih Perhatian

Siti Nurhaliza Pelawa Kerja Dengannya Raih Perhatian

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.



“Tokti Ni Dia Betul-Betul Hargai Makanan Tu”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafan yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 123 ribu, tanda suka sebanyak 2,248 dan sebanyak 80 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang merasa dan memuji kesedapan makanan yang dimasak oleh penarinya selepas berlatih bersama-sama. Dalam video tersebut juga, Tokti mempelawa penari tersebut untuk menjadi chef dirumahnya dan akan menempah makanan darinya pada masa akan datang.

@sitinurhalizafan

Wah DS Siti Nurhaliza Offer Jadi Chef Di Rumah ☺️ Kredit Video – @hansshahredza



♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans

@sitinurhalizafan

DS Siti Nurhaliza Enjoy Masakan ❤️ Kredit Video -@HansShahredza

♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans



Rata-rata ramai terluir melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Tokti seorang yang suka makanan tambah pula jika ianya benar-benar sedap dan kena dengan tekaknya.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Siti Nurhaliza Pelawa Kerja Dengannya Raih Perhatian

 

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker