Gurauan mahu meninggal bersama sepupu benar-benar berlaku

Gurauan mahu meninggal bersama sepupu benar-benar berlaku

KUALA BERANG: “Arwah ada beritahu mahu pakai baju sedondon bersama saya pada Aidiladha, tapi hasratnya tak kesampaian,” kata Muhamad Darnish Ezani Mohd Khairul Azuan,19.

Muhamad Darnish Ezani ialah abang kepada Muhamad Darwish Ezariff, 16, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Kampung Gaong-Kuala Pueh-Empangan Jenagor, dekat Kampung Pauh, di sini, kelmarin.



Turut maut dalam kemalangan sama, Mohd Faris Mohd Zulkifli, 16, selepas motosikal mereka hilang kawalan dan terbabas.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lerek, di sini, Muhamad Darnish Ezani berkata, dia menyangka adiknya hanya terbabit dalam kemalangan biasa, bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan jam 4.30 petang kelmarin.

Katanya, dia yang sampai di lokasi melihat adiknya di atas jalan, manakala seorang lagi mangsa yang juga sepupu mereka tidak memberikan sebarang reaksi.

“Adik yang juga anak kedua daripada empat beradik kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans dan ketika itu, keadaan dia memang lemah. Saya ajar dia mengucap dua kalimah syahadah sebelum adik disahkan meninggal dunia tak lama kemudian,” katanya.



Anak sulung itu berkata, kejadian ketika adik dan sepupu mereka dalam perjalanan menukar barangan kereta di kedai di Kuala Berang.

“Mereka memang rapat, boleh dikatakan ke mana sahaja akan berdua,” katanya dan memaklumkan, adiknya ada bergurau beberapa hari sebelum kejadian mahu meninggal dunia bersama-sama sepupunya itu.

“Siapa sangka gurauan itu jadi kenyataan apabila kedua-duanya pergi sehari sebelum kita menyambut Aidiladha. Memang terasa sebab biasa mereka antara yang paling aktif membantu ketika ibadah korban di kampung,” katanya.

Jenazah dua bersaudara yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenagor, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lerek, kira-kira jam 1 pagi semalam.



Semalam, media melaporkan dua pelajar SMK Jenagor maut apabila motosikal mereka hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 4 Jalan Kampung Gaong-Kuala Pueh-Empangan Jenagor dekat Kampung Pauh.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin, dilapor berkata, Mohd Faris yang membonceng motosikal Yamaha NVX itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Muhamad Darwish Ezariff yang menunggang motosikal, meninggal dunia di Hospital Hulu Terengganu (HHT) susulan kecederaan pada bahagian kepala, dada dan tangan. BH

Gurauan mahu meninggal bersama sepupu benar-benar berlaku



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney



Mawi dakwa nampak hari kiamat

Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit



Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker