Sanggup gaji RM50 sehari asal keluarga selamat – Faisal

Sanggup gaji RM50 sehari asal keluarga selamat – Faisal

“Saya sangggup hilang gaji puluhan ribu ringgit asalkan keluarga saya selamat.”

Itu antara luahan penyerang Selangor FC, Faisal Halim pada kemunculan pertamanya di khalayak umum pada sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC, di sini, hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu, berkata dia meluahkan perkara itu kepada Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar ketika minggu kedua dia berada di hospital untuk menjalani rawatan.

Katanya, apa yang menimpa dirinya itu adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan sukar untuk diterima.

“Minggu kedua saya cakap kepada Datuk Seri (Shahril) yang saya sanggup hilang gaji saya berpuluh ribu untuk berhenti bermain bola sepak asalkan saya selamat, keluarga saya semua selamat.

“Namun, Datuk Seri beritahu saya, beliau beri jaminan keselamatan saya dan keluarga. Ketika itu saya kembali bersemangat untuk teruskan bermain bola sepak kembali.

“Saya cakap kepada isteri saya, keluarga termasuk ayah dan abang, saya tidak kisah saya sanggup hilang gaji, balik kampung untuk hidup dengan tenang,” katanya.

Selepas mengharungi empat pembedahan sepanjang berada di hospital, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia itu dibenarkan keluar hospital 25 Mei lalu.

Faisal yang juga tonggak Harimau Malaya, berkata dia sanggup bekerja dengan gaji harian sebanyak RM50 asal dapat pastikan keluarganya selamat.

“Saya tidak mahu hidup dalam ketakutan sebab apa yang berlaku kepada saya adalah di luar jangkaan dan tidak boleh terima,” katanya. BH

Sanggup gaji RM50 sehari asal keluarga selamat – Faisal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker