LFL selar SPRM nafi ganggu peguam
LFL mahu kerajaan siasat penahanan dua peguam oleh SPRM
LFL selar SPRM nafi ganggu peguam
Lawyers for Liberty (LFL) menyelar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki kerana menafikan dakwaan dua peguam bahawa mereka diganggu badan antirasuah itu dan didakwa membuat tuduhan palsu terhadap seorang daripadanya.
“Azam mendakwa peguam Lai Chee Hoe disiasat atas tuduhan ‘penyelewengan’ dan salah guna kuasa dalam peranannya sebagai bekas pengerusi jawatankuasa pengurusan bersama (JMB), yang menjadi subjek siasatan SPRM,” kata Pengarah LFL, Zaid Malek dalam kenyataan.
Bagaimanapun, Zaid berkata Lai tidak pernah menjadi pengerusi atau ahli JMB berkenaan.
“Lai hanya bertindak sebagai peguam untuk JMB pada masa itu”.
“Beliau dengan pantas menafikan salah laku di pihak SPRM, (tetapi) ketua pesuruhjaya gagal untuk memastikan fakta sebenar kes tersebut.
“Ini menimbulkan keraguan terhadap keseluruhan penafian ketua pesuruhjaya tentang salah laku oleh SPRM dalam kes ini,” katanya.
Zaid juga berkata, tindakan Azam menafikan aduan peguam itu tanpa menyelidik dakwaan mereka sebagai ‘tidak boleh diterima’.
“Ini menunjukkan SPRM tidak berminat untuk mengetahui perkara atau fakta sebenar. Setiap aduan awam mesti diselidiki dengan adil dan saksama,” katanya.
Beliau mendakwa ketika Lai ditahan, soalan dan kenyataan direkodkan oleh SPRM adalah berkaitan kes undang-undang melibatkan peguam tersebut, ‘secara terang-terangan bertentangan hak istimewa peguam-pelanggan yang dilindungi undang-undang negara’.
“Ketika ini, SPRM tidak boleh menafikan perkara itu kerana kenyataan yang direkodkan daripada peguam adalah dokumen awam yang boleh didedahkan,” katanya.
Zaid mendesak kerajaan campur tangan dan memastikan siasatan dijalankan terhadap dakwaan peguam tersebut, untuk meyakinkan orang awam bahawa ia tidak bertoleransi terhadap gangguan dan intimidasi kepada peguam dalam menjalankan tugas mereka bagi pihak pelanggan.
Lai dan Irwin Lo dalam sidang media semalam berkata, mereka disiasat atas kapasiti sebagai peguam jawatankuasa pengurusan bangunan dalam kes pengurusan strata.
Lai yang direman SPRM tiga hari bermula 6 Jun lalu mendakwa, pegawai penyiasat SPRM memaklumkan mereka sedang menjalankan siasatan ke atas ahli jawatankuasa pengurusan itu dan dia ditahan kerana mewakili jawatankuasa terbabit dalam saman sivilnya.
Bagaimanapun, Azam segera menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa peguam berkenaan memfitnah badan antirasuah itu dalam sidang akhbar.
Menurutnya, siasatan mereka ke atas akaun pengurusan dan penyelenggaraan yang diselenggara jawatankuasa itu serta tiada kaitan kapasiti dua peguam terbabit bagi mana-mana anak guam.
“Ini bukan isu SPRM mengganggu hak orang awam untuk mendapatkan perwakilan undang-undang.” FMT
LFL selar SPRM nafi ganggu peguam
Baca Artikel Menarik:
- Leftenan Jeneral ‘samseng’, berani ugut polis guna pangkat tentera
- Wanita, kanak-kanak cedera dilanggar ketika melintas [VIDEO]
- Rakyat bosan dengan ‘warlord’ – Akmal
- Lelaki digigit ular berkepala dua (Video)
- BMW langgar treler rosak, 4 maut
- Saya kena maki berbakul-bakul – Anwar
- Bezza terbabas, isteri baru dikahwini maut, suami parah
- Yasin dakwa Anwar datang ‘menjenguknya’ di Hospital Bahagia
- Daim, keluarga heret Anwar ke mahkamah
- Keracunan makanan: Bapa tunggu laporan bedah siasat
- Puasa sunat Arafah jatuh pada Ahad
- Ahli PKR didakwa lakukan sumbang mahram
- Sudah ada petunjuk besar?
- DAP perlu sensitif, JPN perlu proaktif jelaskan isu kewarganegaraan
- Pelajar kecewa pensyarah gagalkannya walaupun diserahkan badan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)
1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih
You must be logged in to post a comment.