Dunia perlu bina semula Gaza – Tok Mat

Dunia perlu bina semula Gaza – Tok Mat

Malaysia meminta semua negara dan pihak berkepentingan menyertai usaha membina semula Gaza yang musnah angkara konflik dan peperangan yang berlanjutan lapan bulan lamanya.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pihak berkepentingan yang berkaitan mesti menggunakan segala sumber diperlukan dan pengetahuan teknologi dalam memulih serta membangunkan semula wilayah konflik itu.



Beliau berkata, tindak balas kemanusiaan secara menyeluruh serta pemulihan dan strategi membina semula Gaza mesti dijayakan, dengan punca konflik iaitu penafian hak penduduk Palestin dan pendudukan berterusan Israel di tanah Palestin harus ditangani.

“Hak sedia ada Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti direalisasikan,” katanya ketika menyampaikan kenyataan negara pada sidang kemuncak tergempar mengenai krisis kemanusiaan Gaza di Jordan, malam tadi.

Mohamad berkata, Israel mesti bertanggungjawab menerusi pendekatan reparatif dalam membina semula Gaza dan segala kerosakan terhadap rakyat Palestin.

“Kita mesti memperkukuh peranan PBB dalam melaksanakan mandat kemanusiaannya.



“Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mesti diberi kuasa, disokong dan dilindungi untuk membolehkan mereka terus menyalurkan bantuan kemanusiaan serta merangka pemulihan segera dalam infrastruktur sosial, termasuk perkhidmatan penjagaan kesihatan dan sokongan psiko-sosial,” katanya.

Beliau berkata, konflik di Gaza sudah berlarutan terlalu lama dan hanya usaha bersepadu antarabangsa dapat menyelamatkan Gaza.

“Realiti kejam di lapangan ialah masih tiada jaminan selamat dan penyampaian bantuan tanpa halangan. Serangan udara Israel bukan sahaja menjejaskan konvoi bantuan Malaysia, namun juga merobohkan pusat pengedaran kami, mengakibatkan kematian sukarelawan dan kemusnahan keperluan bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Malaysia dengan kerjasama lebih daripada 50 badan bukan kerajaan (NGO) sudah menghantar lebih 5,000 tan bantuan penting kepada Gaza.



“Kami akan meneruskan sokongan kemanusiaan ini bersama-sama dengan PBB dan rakan kongsi yang lain,” katanya sambil menuntut penyelesaian konflik di Palestin diselesai secara aman menerusi genjatan senjata serta-merta. BH

Dunia perlu bina semula Gaza – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih



Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker