Mahu ibu jadi paling cantik di hari pernikahannya

Mahu ibu jadi paling cantik di hari pernikahannya

Manjung: “Sebagai anak saya tidak menghalang mak mencari kebahagiaannya dan apabila dia bertemu jodoh sekali lagi, saya mahu dia menjadi pengantin perempuan paling cantik dan indah.

“Saya sendiri mahu menjadi jurusoleknya di hari bahagianya,” kata Adriana Afiqah Shamsul Anuar.



Wanita berusia 26 tahun itu mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi video menyolek ibunya, Asiahyati Ahmad yang berusia dalam lingkungan 50-an yang melangsungkan pernikahan dengan Abdul Aziz Ahmad di Masjid Nurul Hidayah (Masjid Daerah Manjung) di sini, pada 26 Mei lalu.

Adriana Afiqah berkata, dia menyuarakan hasrat untuk menyolek ibunya itu sebaik diberitahu mengenai perancangannya untuk berumah tangga.

“Memang kerjaya saya sebagai jurusolek, saya memang mahu menyolek wajah mak pada hari pernikahannya.

“Saya juga memilih tema solekan yang sesuai untuknya supaya mak tersayang menjadi pengantin paling indah pada hari bahagianya.



“Bagi saya solekan itu sebagai hadiah paling bermakna untuk mak dan memang saya mahu memberikannya ‘sesuatu’ untuknya pada hari pernikahnya.

“Walaupun ia bukan perkahwinan pertama mak tetapi saya tetap mahu mak cantik seperti pengantin lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dia yang menetap di Fasa 3C di sini, berkata, perasaannya ketika menyolek wajah insan tersayang itu bercampur antara gembira, teruja dan sebak kerana ‘pelanggan’ kali ini sangat istimewa.

“Alhamdulillah, mak sangat suka dengan hasil ‘air tangan’ saya, malah ramai tetamu memujinya. Melihat mak dalam persalinan pengantin dan wajah cantik membuatkan saya gembira serta terharu.



“Kami sekeluarga mahu mak nampak sempurna walaupun majlisnya biasa saja,” katanya.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, perkongsian video itu di TikTok adalah untuk dijadikan kenangan kerana tidak semua berpeluang menyolek wajah ibu tersayang pada majlis pernikahannya.

“Ramai juga yang komen cakap mak nampak muda dan cantik, malah ada juga yang tak percaya itu adalah ibu saya kerana mereka menyangka mak adalah kakak saya,” katanya memberitahu itu perkahwinan ketiga ibunya. HM

Mahu ibu jadi paling cantik di hari pernikahannya



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor



Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]



‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker