Suspek pecah masuk rumah Khuzaimi pakai Estima

Suspek pecah masuk rumah Khuzaimi pakai Estima

Selepas beberapa hari rakaman litar tertutup (CCTV) membabitkan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim tersebar di media sosial, kini giliran video membabitkan kediaman pertahanan Selangor FC Khuzaimi Piee pula menjadi ‘bualan’ ramai.

Ketika ini, sekurang-kurangnya empat rakaman CCTV dipercayai di sekitar rumah Khuzaimi bertebaran di media sosial seperti Whatsapp dan Telegram.



Menerusi video berkenaan menunjukkan individu yang memecah masuk rumah pertahanan berusia 30 tahun itu dipercayai menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima.

Malah, dalam video itu juga memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal dipercayai milik Khuzaimi selepas memecah masuk kediaman pemain itu.

Malah, terdapat juga rakaman menunjukkan MPV itu masuk dan keluar melalui pondok pengawal keselamatan di kediaman pemain itu.

Namun, sehingga kini tiada pihak berkaitan tampil untuk mengesahkan rakaman CCTV terbabit adalah benar membabitkan kejadian pecah rumah Khuzaimi.



Sebelum ini, kediaman Khuzaimi dilaporkan dipecah masuk ketika beliau keluar menjalani latihan di Pusat Latihan Selangor di Shah Alam.

Menurut laporan polis yang beliau kongsi di Instagram, Khuzaimi kehilangan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport antarabangsanya.

Sementara itu, Khuzaimi ketika dihubungi mengesahkan rakaman CCTV berkenaan adalah di kawasan perumahannya yang diambil selepas insiden pecah rumah itu.

“Dalam CCTV itu menunjukkan suspek membawa lari motosikal saya sebaik pecah masuk kediaman.



“Memang kenderaan itu (Toyota Estima) berhenti depan rumah saya sebelum suspek masuk,” kata Khuzaimi. BH

Suspek pecah masuk rumah Khuzaimi pakai Estima

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)



Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker